Wanita Bayar RM630,000 Kepada Lelaki Selepas Tidak Tahan Diganggu.

Seorang wanita sanggup membayar seorang lelaki yang merupakan seorang yang amat meminatinya
Kang ditampar ketika membacakan surat cintanya kepada Lee
Beijing - Seorang wanita sanggup membayar seorang lelaki yang merupakan seorang yang amat meminatinya supaya menjauhkan diri daripadanya akibat daripada tidak tahan dengan gangguanya itu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berasal dari Beijing, China berkata dia terpaksa memberikan kepada sahabat lelakinya Kang duit sebanyak RM630,000 supaya berhenti daripada terus mengganggu hidupnya.

Namun begitu terdapat kisah di sebalik Lee dengan Kang ini, menurut petikan dari WOB mereka sebenarnya merupakan kawan baik semenjak dari kecil lagi dan tanpa sedar Kang telah menaruh hati pada Lee.

Lee yang juga kawan sekolah Kang merupakan cinta zaman kanak-kanak Kang selama 10 tahun, akan tetapi Lee di katakan tidak menyukai Kang dan menganggap Kang hanya sebagai kawannya sahaja dan dikatakan Lee telah beberapa kali menolak cinta dari Kang.

Namun begitu Kang tidak pernah berputus asa untuk mengejar cinta hatinya itu dan yakin bahawa pada suatu hari nanti Lee akan nampak juga keikhlasan hatinya itu dan akan berusaha sehingga hari tersebut tiba.

Pelbagai cara Kang gunakan untuk meluangkan masa bersama Lee seperti selalu mengajak Lee supaya menemaninya keluar makan malam dan Kang juga sanggup menunggu Lee di tempat kerjanya bersama dengan jambangan bunga untuk tujuan memikat Lee.

Lee dikatakan langsung tidak merasa terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Kang, malah dia hanya merasa terganggu dengan andaian orang lain yang mengatakan bahawa Kang merupakan teman lelakinya sehinggakan tiada seorang lelaki pun berani untuk mengganggunya kerana menyangkakan dirinya sudah berpunya.

Kang juga pernah membacakan surat cintanya di hadapan orang ramai menyebabkan dia di tampar oleh Lee namun semua itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk menawan hati gadis pujaannya.

Akhirnya akibat sudah tidak tahan lagi dengan gangguan-gangguan dari Kang, Lee telah memutuskan untuk menawarkan duit sebanyak RMB l juta kepada Kang serta meminta agar Kang menandatangani satu kontrak yang mengatakan bahawa dia tidak akan mengganggu Lee lagi.

Bagi Lee yang merupakan dari golongan keluarga yang kaya, jumlah wang tersebut bukanlah sesuatu yang tidak mampu dia berikan.

Selepas berfikir untuk seketika, akhirnya Kang telah menandatangani kontrak tersebut namun pada hari yang sama dia tandatangani kontrak tersebut dia telah tersedar bahawa cinta sejatinya itu melebihi segalanya serta tiada nilai yang mampu membeli cintanya itu dan telah mengoyak semula kontrak tersebut.

Lee yang menyangka hidupnya akan tenang selepas Kang menandatangani kontrak tersebut tetapi sangkaanya itu melecet dan langsung terduduk menangis selepas Kang mengoyakkan kembali kontrak tersebut.

Lee akhirnya memutuskan untuk membuat laporan polis sahaja selepas umpan duit tidak di endahkan oleh Kang dan Kang terpaksa bersumpah di hadapan polis bahawa dia tidak akan mengganggu Lee lagi walaupun hatinya masih mencintai Lee. 

kang juga turut meminta maaf atas segala perbuatannya yang di anggap mengganggu hidup Lee serta segala kekeliruan yang dirasakan terhadap Lee.

Rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Kang dalam memiliki gadis impiannya itu walaupun tidak berjaya.