Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 30 Jun 2017

Video Wanita Panjat Tingkap Bas Pukul Pemandu Bas.

China - Seorang wanita telah bertindak memanjat tingkap bas sebelum memukul seorang pemandu bas kerana dikatakan telah terlanggar keretanya ketika pemandu berkenaan cuba memotong kenderaannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada Jumaat lepas di Chengdu serta kejadian tersebut telah disaksikan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan kerana ianya berlaku di tengah jalan.

Mengikut laporan dari The Paper, wanita tersebut telah bertindak di luar kawalan adalah kerana berasa terlalu marah dengan pemandu bas tersebut yang memotong keretanya sehingga menyebabkan pelanggaran kecil.

Dalam video yang sempat dirakamkan dapat dilihat wanita tersebut yang bertindak memarahi pemandu tersebut dan kemudiannya telah memanjat bumbung keretanya bagi memasuki bas berkenaan.

Wanita tersebut telah memanjat serta memasuki bas berkenaan melalui tingkap sebelum bertindak memukul pemandu bas berkenaan yang berada di tempat duduk pemandu.

Namun begitu identiti wanita berkenaan tidak dapat di kenal pasti, wanita tersebut telah memaki serta memukul-mukul pemandu bas itu yang kemudiannya telah membalas semula pukulan wanita tersebut.

Menurut saksi kejadian, wanita tersebut telah memaki serta menuduh pemandu berkenaan telah melanggar keretanya ketika memotong, namun begitu penumpang yang melihat kejadian tersebut yang bertambah buruk dengan mereka saling memukul antara satu sama lain telah bertindak menghalang mereka.

Penumpang bas berkenaan telah menarik mereka berdua berjauhan selepas keadaan bertambah teruk serta telah melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Video kejadian tersebut telah menjadi tular selepas di muat naik di media sosial dan rata-rata netizen ada yang memuji wanita tersebut kerana berani bertindak begitu serta tidak kurang juga yang mengecam perbuatannya itu yang dianggap kurang bijak.

Pihak polis dikatakan masih lagi menjalankan siasatan mengenai kes terbabit dan masih lagi belum menentukan siapa yang bersalah dalam hal terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan