Video: Hati-Hati Dengan Dua Lelaki Ini Cuba Rampas Kereta Yang Di Pandu Wanita

Perak - Seorang wanita telah mengalami detik-detik mencemaskan apabila dia nyaris-nyaris di samun oleh dua individu yang tidak di kenali.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di hadapan sebuah kedai runcit di Klebang Restu Ipoh, individu terbabit dikatakan cuba menyamun kereta Hilux milik seorang wanita.

Menurut rakan mangsa, ketika kejadian isterinya telah pergi ke kedai runcit terbabit secara bersendirian bagi membeli barangan runcit.

Tanpa dia sedari terdapat dua orang sedang menunggunya keluar dari kedai terbabit, keluar sahaja dari kedai runcit dia terus pergi ke kereta dan sewaktu dia nak gerak tiba-tiba sahaja penyamun berkenaan cuba untuk merampas kunci kereta daripadanya.

Namun begitu, melihat kepada rakaman CCTV kelihatan wanita tersebut tidak hanya menyerah malah cuba melawan serta mempertahankan kenderaannya daripada di samun oleh mereka.

Beberapa orang yang melihat kejadian terbabit hanya melihat sahaja penyamun tersebut cuba menyamun wanita tersebut tanpa menghulurkan sebarang bantuan.

Di musim perayaan ini banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan dan pantang jika ada sebarang peluang pasti penjenayah di luar sana bijak menggunakannya.

Jadi bagi semua di luar sana berhati-hatilah jika kaum wanita nak keluar ke mana-mana dan jangan benarkan mereka keluar bersendirian kerana kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku.