Video Dan Gambar Lelaki Mabuk Langgar 6 Buah Kereta

Johor - Seorang lelaki telah melanggar enam buah kenderaan sekaligus dalam satu kejadian yang berlaku di Johor Jaya.

Lelaki tersebut yang di kenali sebagai Painin bin Sumbin yang berasal daripada Masai dikatakan memandu kereta jenis Proton Wira melalui jalan tersebut sebelum melanggar beberapa buah kenderaan.

Menurut daripada sumber yang di kenali sebagai Eddy Lee, lelaki tersebut dikatakan memandu dalam keadaan mabuk ketika kejadian terbabit berlaku.

Walau bagaimanapun mereka yang menjadi mangsa lelaki terbabit telah membuat laporan polis berhubung perkara terbabit dan pihak polis telah menahan lelaki terbabit.

Namun begitu mereka tidak menyangka bahawa hanya selepas beberapa jam selepas ditahan lelaki terbabit telah di lepaskan semula oleh pihak polis, kata Eddy lagi.

Kata Eddy lagi, dia menggesa agar sesiapa yang terserempak dengan lelaki terbabit supaya berhati-hati kerana lelaki terbabit masih lagi memandu dalam keadaan mabuk.