Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 29 Jun 2017

Video: Baru Beli Dah Rosak Tapi Tak Boleh Tukar Balik.

Seorang lelaki terasa terkilan apabila kereta kontrol yang baru di beli untuk anaknya itu di sebuah kedai didapati rosak
Pemilik kedai serta gambar kedai yang menipu jual barang rosak
Langkawi - Seorang lelaki terasa terkilan apabila kereta kontrol yang baru di beli untuk anaknya itu di sebuah kedai didapati rosak namun pemilik kedai terbabit tidak membenarkannya untuk menukar mainan tersebut.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai yang didaftar atas nama Heliconia bertempat di Langkawi, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu So berkata dia telah membawa anaknya ke kedai terbabit pada hari Isnin lalu untuk membeli kereta kontrol.

Namun ketika hari terbabit anaknya telah memilih sebuah kereta kontrol yang berharga RM100 dan pemilik kedai terbabit juga ada memberitahu bahawa jika ada sebarang masalah kereta terbabit mempunyai warranty dan boleh menukarnya kembali.

Namun begitu pemilik kedai terbabit tidak ada memberikannya sebarang resit bukti pembelian dan hanya sekadar janji mulut sahaja, melihat kepada keramahan pemilik kedai tersebut dia hanya bersangka baik kepadanya.

Apabila anak saya bawa balik kereta tersebut dia langsung bermain kereta terbabit, yela beli kereta itu pun guna duit dia sendiri yang di kumpul menggunakan duit raya hasil dia berpuasa penuh.

Anak saya itu baru berusia tujuh tahun tapi dia sanggup berpuasa penuh demi untuk mengumpul duit membeli kereta yang dia inginkan itu tapi tak sangka jadi macam ini pula.

Pada hari pembelian balik saja ke rumah dia terus excited nak main tetapi hampa sebab tayar kereta terbabit jem tak boleh nak jalan, jadi keesokkannya pada hari Selasa saya bawa kereta terbabit ke kedai semula dan pemilik kedai terbabit telah membaikinya semula.

Saya tak nafikan memang masa bawa balik itu memang kereta itu boleh jalan tapi sekejap sahaja sebelum tayarnya jem semula. jadi esoknya saya bawa semula kereta terbabit ke kedai itu semula siap cakap dengan tuan kedai itu saya nak tukar kereta yang lain sajalah dan kalau nak tambah duit pun saya tak kisah asalkan puas hati.

Tetapi pemilik kedai tersebut tidak membenarkan saya menukar kereta terbabit dengan yang lain sedangkan dia sendiri pun tahu yang kereta mainan tersebut sememangnya ada masalah, sedangkan masa beli kereta itu macam-macam janji manis dia berikan tapi bila dah beli lain pula jadinya.

Saya tak dapat nak berbuat apa-apa kalau nak ikutkan undang-undang pun tak boleh sebab saya tidak mempunyai sebarang resit bukti pembelian hanya janji mulut sahaja.

Itulah, peniaga ini kalau sebelum kita beli bermulut manis tapi kalau dah beli ada masalah jangan harap nak bertanggung jawab, biarlah kisah saya ini jadi pengajaran kepada pengguna di luar sana.

Kalau nak beli apa-apa jangan percaya jika berjanji mulut sahaja, resit pembelian serta warranty itu penting takut jadi macam kes saya ini pula nak minta ganti rugi pun tak boleh macam kita pula yang salah walaupun barang yang di beli itu memang bermasalah. - Wartawan Jalanan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan