Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 17 Jun 2017

Veterinar Serbu Rumah Aliff Syukri, Didakwa Dera Kucing

Datuk Terlajak Laris ini ternyata terkejut apabila rumahnya telah diserbu
Datuk Aliff Syukri bersama haiwan perliharaannya Dodi.
SUNGAI BULOH — Pengasas produk kesihatan D’Herbs iaitu Datuk Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Datuk Terlajak Laris ini ternyata terkejut apabila rumahnya telah diserbu oleh dua agensi penguatkuasa.

Penguatkuasa berkenaan dikatakan telah menyerbu rumah beliau kerana telah menerima aduan yang mengatakan bahawa dia telah melakukan penderaan terhadap kucing peliharaannya.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perhilitan Selangor telah menyerbu rumah Datuk Aliff Syukri pada pukul 10 pagi semalam, kerana telah mendapat aduan berhubung dakwaan tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, ketika pihak mereka menjalankan siasatan selama sejam telah mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, ‘Datuk terlajak laris’ tersebut langsung tidak mendera kucing peliharaan tersebut yang di beri nama Dodi, malah mempunyai permit yang sah untuk memelihara haiwan berkenaan.

Menurut daripada jurucakap kepada penguatkuasa veterinar, “Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam, namun setelah diperiksa kami mendapati tiada sebarang penderaan terhadap kucingnya seperti yang dilaporkan."

Namun begitu, mereka turut menasihati Datuk Aliff Syukri supaa menyediakan alas serta kawasan pengudaraan yang lebih selesa kepada haiwan peliharaan yang merupakan dari baka Savannah itu.

“Kami juga turut menyarankan beliau supaya membuat Pet pasport supaya kucingnya mempunyai rekod perubatan lebih sistematik,” kata jurucakap itu.

Ketika membuat pemeriksaan tersebut, ternyata mereka amat terkejut dengan tumbesaran Dodi yang kelihatan amat besar walaupun baru berusia dua tahun.

Datuk Aliff Syukri juga berjanji bahawa dia akan mengikut segala saranan daripada pihak berkuasa termasuklah mengurangkan kuantiti makanan haiwan peliharaannya itu yang dikatakan membesar secara berlebihan.

"Insyaallah saya akan cuba bina habitat yang sesuai untuknya," katanya di penghujung perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan