Ular Tedung Sepanjang Lapan Kaki Menjadi Tetamu Tidak Diundang.

Johor - Siapa yang sangka seekor ular tedung dikatakan menjadi tetamu tidak di undang apabila telah memasuki sebuah rumah di Batu pahat, Johor.

Satu rakaman video sempat dirakamkan dan telah menjadi tular di media sosial, dalam video terbabit kelihatan seekor ular tedung cuba memasuki sebuah rumah melalui pintu utama rumah berkenaan.

Video tersebut telah di muat naik oleh seorang pengguna Facebook Derrick Yi Fan melalui pengkosiannya yang mengatakan dia amat terkejut apabila terserempak ular tersebut di hadapan rumahnya pada Ahad lalu.

Melalui video tersebut dapat di lihat betapa agresifnya ular tedung terbabit berusaha untuk memasuki rumahnya, dan ketika kejadian dikatakan tiada sesiapa pun di dalam rumah berkenaan.

Dia kemudiannya telah menelefon pihak bomba bagi menangkap haiwan terbabit yang merupakan haiwan yang berbisa dan amat bahaya untuk mendekatinya.

Pihak bomba telah mengalami beberapa kesulitan dalam usaha untuk menangkap ular terbabit di dalam rumah, namun akhirnya mereka berjaya juga menangkap ular tedung sepanjang lapan kaki terbabit.