Tindakan Gila Wanita Baling Syiling Ke Enjin Pesawat Mohon Penerbangan Selamat.

 Seorang warga emas telah bertindak membaling sejumlah wang syiling ke dalam enjin pesawat kapal terbang
Syiling yang dilemparkan ke dalam enjin pesawat
SHANGHAI: Seorang warga emas telah bertindak membaling sejumlah wang syiling ke dalam enjin pesawat kapal terbang sehingga menyebabkan 150 penumpang yang lainnya terkandas kerana penerbangan terpaksa ditunda berikutan perbuatannya itu.

Warga emas terbabit merupakan salah seorang daripada penumpang yang bakal menaiki pesawat tebabit, namun oleh kerana begitu taksub dengan kepercayaan karut dia sanggup melakukan perbuatan tersebut yang ternyata bakal membahayakan nyawa penumpang yang lain.

Warga emas tersebut yang merupakan seorang wanita telah bertindak melemparkan sembilan syiling ke enjin pesawat tersebut sehingga menyebabkan penerbangan bagi pesawat itu terpaksa ditangguhkan beberapa jam bagi mengeluarkan semula kesemua syiling terbabit.

Menurut laporan daripada mStar Online, pihak polis telah pun menahan wanita terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong susulan perbuatannya itu yang di anggap membahayakan nyawa penumpang lain.

Mengikut kepercayaan wanita terbabit, tindakan tersebut dilakukan bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi yang nak di tuju tetapi lain pula yang jadi apabila 150 penumpang diarahkan meninggalkan pesawat yang dalam perjalanan ke Guangzhou di selatan China.

Wanita tersebut dikatakan melakukan perbuatan itu ketika dia sedang berjalan ke arah kapal terbang terbabit serta telah melemparkan sembilan syiling ke enjin pesawat China Southern Airlines CZ380 sebelum menaiki pesawat berkenaan.

Beberapa penumpang yang melihat kelakuan wanita itu telah melaporkannya kepada pihak berkuasa, ketika pemeriksaan mereka telah menemui 9 syiling namun begitu hanya satu syiling sahaja yang dikatakan berjaya dibaling masuk ke enjin pesawat manakala lapan lagi tidak mengenai sasaran enjin.

Menurut laporan dari Beijing Youth Daily, wanita tersebut dikatakan dalam perjalanan menaiki penerbangan tersebut bersama suami, anak perempuan serta menantunya.

Mengikut keterangan dari syarikat penerbangan terbabit menerusi akaun Twitter-like Weibo, penangguhan penerbangan terbabit adalah berpunca daripada seorang penumpang warga emas yang melemparkan syiling ke enjin pesawat dan wanita terbabit telah pun ditahan oleh pihak polis.

Penangguhan terbabit adalah bagi tujuan melakukan penyelenggaraan untuk memeriksa secara terperinci keadaan enjin pesawat dalam memastikan keselamatan penerbangan pesawat berkenaan.

Kejadian itu telah menjadi trending menerusi Weibo serta hasil siasatan pihak polis terhadap penumpang terbabit dengan nama keluarganya Qiu mendapati dia melemparkan syiling itu adalah sebagai tanda berdoa untuk keselamatan sepanjang perjalanannya.-mStar Online