Tak Tahan Di Bebel, Menantu Tikam Ibu Mertua

 seorang lelaki bertindak nekad dengan menyembelih leher ibu mertuanya
Mangsa yang disembelih
Sulawesi: Akibat tidak tahan dengan bebelan ibu mertuanya yang sering kali membebel kepadanya menyebabkan seorang lelaki bertindak nekad dengan menyembelih leher ibu mertuanya itu bagi menghentikan bebelannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pukul 7.02 malam pada hari Khamis lepas di rumahnya di Kampung Borongloe .

Menurut daripada keterangan saksi yang berada di tempat kejadian, Riska yang juga merupakan penduduk kampung terbabit mengatakan sebelum kejadian suspek dikatakan secara tiba-tiba datang kerumah terbabit.

Suspek pada mulanya telah memarahi isterinya itu serta telah bertanyakan kepada isterinya ituadakah dia masih lagi mahu meneruskan hubungan mereka atau pun tidak.

Akan tetapi isteri suspek bukan sahaja tidak menjawab soalan suaminya itu malah dia terus berlalu masuk ke dlam bilik.

Kebetulan ketika itu mangsa yang berada di ruang tamu telah membebel kepada suspek  namun tidak di ketahui apa sebenarnya yang mangsa katakan kepada suspek sehingga menyebabkan suspek naik marah.

Suspek yang ketika itu merasa amat marah dengan mangsa telah bertindak menyembelih ibu mertuanya itu sebelum melarikn diri.