Suami Bagi Ubat tidur Kepada Isteri Sedang Berpantang Untuk Puaskan Nafsunya.

Ketika sedang berpantang, suami seharusnya bertindak selaku orang penting di samping isteri
Ubat tidur yang diletakkan dalam air milo
Ketika sedang berpantang, suami seharusnya bertindak selaku orang penting di samping isteri yang menyokong kuat mereka agar lebih tabah melalui setiap detik ketika sedang berpantang.

Bukan sahaja menjaga isteri ketika sedang berpantang, malah suami perlu menghargai isteri yang sanggup bergadai nyawa melahirkan zuriat mereka dan bukannya mementingkan diri sendiri.

Bukan sahaja isteri yang terpaksa berpantang tetapi suami juga perlu berpantang untuk menahan nafsu mereka sepanjang isteri sedang berpantang.

Masa berpantanglah waktu rehat mereka yang paling bermakna dalam memperbaiki dalaman mereka, namun begitu terdapat juga sesetengah suami yang tidak memahami keadaan isteri mereka itu dan sanggup mememntingkan nafsu mereka semata-mata tanpa mempedulikan kesannya terhadap isteri.

Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang baru tengah berpantang 20 hari dan luka bersalin tersebut pun belum pulih sepenuhnya serta masih lagi ada darah nifas tetapi suaminya itu tergamak memberikan dia ubat tidur dengan alasan sudah tidak tahan untuk bersama.

Kelmarin merupakan kejadian yang paling buruk berlaku dalam hidup saya yang baru sahaja berpantang 20 hari pada hari ini malah yang melakukan perbuatan yang amat mengecewakan saya ini adalah suami saya sendiri.

Saya tidak menafikan sepanjang berpantang suami saya sememangnya melayan saya dengan baik makan, minum serta keperluan saya semua dia yang aturkan sehinggakan luka jahitan bersalin saya pun dia yang sapukan ubat.

Kelmarin secara tiba-tiba dia ada minta nak 'bersama' dengan saya namun saya menolak sebab saya ini baru berpantang 20 hari dan darah nifas pun belum kering lagi, memanglah luka luaran itu dah baik tapi luka dalaman itu kita tak tahu lagi macam mana bukan kita boleh nampak.

Dah namanya pun lelaki tahu sajalah bila kita menolak mestilah dia terus buat muka muncung itik tetapi saya malas nak layan sebab kalau saya ikutkan kehendak dia dalam keadaan saya macam ini kalau saya sakit saya risau belum tentu dia akan pedulikan saya lagi.

Lepas itu tibalah masa makan dan suami sememangnya yang akan menyediakan makanan saya, bagi ibu yang menyusukan bayi mereka selalunya akan berasa cepat haus dan akan mencari air terlebih dahulu sebelum makan dan begitu jugalah dengan saya.

Suami telah menyediakan air milo panas untuk saya serta makanan jadi saya pun tanpa syak wasangka terus meminum air milo tersebut terlebih dahulu sebelum makan akan tetapi beberapa minit selepas saya minum air tersebut kepala saya berasa pening dan saya terus tidak sedarkan diri.

Bila tersedar saja saya dah berada dalam bilik tidur tanpa memakai baju dan suami pula berada di sebelah sambil memeluk saya dengan erat, saya yang terkejut melihat keadaan kami terus mengejutkan suami dan bertanyakan kepadanya apa yang dah terjadi.

Suami dengan muka selamba saja hanya tersenyum sambil berkata dia dah tak tahan tengok saya, saya terus tampar muka dia kerana tak menyangka dia sanggup buat begini kepada saya yang tengah berpantang.

Suami tergamak memberikan saya ubat tidur dan menyetubuhi saya kerana saya telah menolak ajakkannya itu membuatkan dia terpaksa memberikan saya ubat tidur untuk memuaskan nafsunya itu.

Saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dan tak tahu apa yang akan terjadi dengan saya sedangkan saya masih belum habis pantang lagi, saya amat risau dengan keadaan saya nanti bagaimana jika saya sakit nanti disebabkan perbuatan suami ini sehinggakan saya mengurung diri saya seharian dalam bilik.

Suami telah memujuk saya serta meminta maaf dengan kesilapannya itu namun saya tidak mempedulikannya dan apa yang saya risaukan sekarang cuma diri saya serta anak yang baru saya lahirkan ini sahaja.

Sebagai seorang suami dia sepatutnya bertindak bijak serta memahami situasi isteri yang baru melahirkan zuriatnya itu, tidak tahukah dia proses bersalin itu bukannya mudah. Ketika melalui proses bersalin koyakkan telah berlaku di vagina dan terpaksa melalui proses jahitan.

Tindakan suami yang terburu-buru meminta untuk bersama hanya akan mengakibatkat stress kepada kaum isteri serta tekanan tersebut boleh menyebabkan meroyan ketika sedang berpantang, bagi kaum suami di luar sana jagalah isteri anda sebaik mungkin serta hargailah pengorbanan isteri tersebut. - - Wartawan Jalanan