Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 26 Jun 2017

Selepas Beberapa Bulan Berkahwin, King Coco Terima Balasan Apabila Suaminya Pula Dirampas.

Kini tak sampai beberapa bulan selepas berkahwin dia di bayar cash dengan perbuatannya
King Coco
Siapa yang tak kenal dengan King Coco yang kecoh satu Malaysia satu ketika dulu apabila dia dikecam hebat oleh rata-rata netizen kerana berani mendedahkan dirinya yang bakal berkahwin dengan Azrin ketika itu yang masih lagi bergelar suami orang.

Kini tak sampai beberapa bulan selepas berkahwin dia di bayar cash dengan perbuatannya yang tergamak menyakiti insan lain kerana merampas suami orang lain.

Perbualan antara King Coco dengan seorang wanita yang bernama Keisya telah di dedahkan oleh seorang pengguna media sosial dengan mengirimkan screenshot perbualan antara King Coco bersama wanita terbabit kepada laman Mynewshub.

King Coco dikatakan mengamuk dan bengang dengan wanita terbabit yang dikatakan cuba untuk menggoda suaminya itu.

Menurut daripada pengguna media sosial berkenaan, Keisya merupakan bekas kekasih Azrin, suami Coco sebelum suaminya itu bersama dengan King Coco lagi dan mereka dikatakan tidak lagi berhubung selepas hubungan mereka terputus.

Menurut pembaca yang enggan dikenali itu, Keisya merupakan bekas teman wanita Azrin sebelum lelaki itu bersama King Coco.

Perkara ini dapat dilihat menerusi perbualan antara King Coco yang bertindak menyerang Keisya menerusi direct messenger (DM) di laman instagramnya yang telah mengungut wanita tersebut supaya tidak mengganggu suaminya lagi.

King Coco juga turut memandang rendah terhadap wanita tersebut dengan menyifatkan suaminya itu mahukan Keisya hanya semata-mata untuk seks.

“Bitch (Pelacur).. berhenti kacau suami I. Dia hanya nak awak kerana awak punya pussy. Dia dah ada saya sekarang,” tulisnya yang menyifatkan wanita itu sebagai perosak rumah tangga orang.

King Coco juga turut mengugut Keisya bahawa dia akan menyerang Keisya di tempat kerjanya serta mengganggu keluarganya jika dia terus 'menggatal' dengan suaminya itu.

Walau bagaimanapun Keisya telah menafikan tuduhan King Coco terhadapnya mengatakan bahawa dia tidak menginginkan Azrin tersebut.

Keisya telah cuba menerangkan perkara terbabit kepada King Coco serta menyatakan dia sudah lama tidak berhubung dengan Azrin dan jika dia mahukan lebih kepastian dia boleh dapatkan pengakuan daripada suaminya sendiri.

Keisya juga turut menghantar mesej kepada Azrin menyuruhnya menjelaskan perkara sebenar kepada isteri keduanya itu yang mereka sudah tiada apa-apa hubungan lagi.

King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail dan Azrin telah selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu di di Hampshire Place, Ampang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan