Polis Menyelamatkan 500 Kucing Yang Hampir Mati Dikurung.

China - Pihak polis berjaya selamatkan beratus-ratus ekor kucing dari sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki di wilayah Jiangsu

Kucing-kucing tersebut telah di sempan dalam sangkar dan hampir mati kerana kekurangan air, kemudian, polis menemui sebuah bangsal di mana lelaki itu menyimpan kesemua kucing.

Secara keseluruhan lelaki itu telah mengurung lebih 500 kucing didalam bangsalnya kesemua kucing-kucing itu hampir mati.

Menurut pihak polis Wilayah Jiangsu, beberapa hari yang lalu seorang lelaki telah datang ke balai polis untuk membuat laporan menggenai kucingnya dirampas oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Atas laporan tersebut pihak polis telah menjalankan siasatan dan berjaya menahan pemandu lori berkenan.

Menurut polis, lelaki itu akan menjual kucing-kucing itu kepada restoran-restoran tempatan yang menjadiakan kucing sebagai hidangan makan kepada pengemarnya. Wartawan Jalanan