Murid Tadika Maut Selepas Guru Lekat Pita Pelekat Di Mulut.

Seseorang guru itu telah diberikan kepercayaan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka di sekolah
Gambar Guo Jintong serta ibu bapanya 
Seseorang guru itu telah diberikan kepercayaan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka di sekolah, tidak salah jika guru-guru mendenda atau rotan untuk tujuan mendidik.

Akan tetapi menjadi guru tadika memerlukan kesabaran yang tinggi kerana murid sebaya itu masih tidak mengetahui banyak benda serta mereka masih lagi dalam fasa untuk mempelajari sesuatu perkara.

Banyak bercakap sudah menjadi kebiasaan kerana banyak benda yang ingin mereka katakan serta yang mereka ingin pelajari, jika tiada kesabaran janganlah berharap untuk menjadi guru.

Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang maut selepas guru tadikanya telah bertindak melekatkan pita pelekat ke mulutnya kerana tidak tahan dengan mangsa yang terlalu banyak berkata-kata.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh bapa mangsa sendiri menerusi media sosial mengenai nasib yang menimpa anak kesayangannya itu.

Mangsa yang di kenali sebagai Guo Jintong yang berasal dari China disahkan telah meninggal dunia selepas melakukan senaman pagi di sekolah terbabit bersama guru serta rakan-rakannya.

Menurut bapa mangsa, Guo yang sedang belajar di sekolah tadika Huadian telah dilekatkan pita berkenaan di mulutnya selepas selesai sahaja senaman pagi kerana dikatakan bagi mengelakkan anknya itu bercakap ketika di dalam kelas.

Mangsa yang kemudiannya tidak sedarkan diri telah di bawa ke hospital, namun semuanya telah terlambat kerana mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas 40 minit mulutnya dilekatkan pita pelekat terbabit.

Bapa mangsa juga mendakwa bahawa ketika ambulans tiba di sekolah terbabit anaknya itu telah pun meninggal dunia kira-kira 30 minit namun dia turut menuduh bahawa pihak berkuasa sengaja cuba menyembunyikan insiden terbabit.

Bapa mangsa juga turut mendedahkan guru terbabit yang bernama Ju Chunwei yang bertanggung jawab terhadap kematian anak perempuannya itu telah pun di gantung kerja.

Bagaimanapun kes terbabit masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

Dia dilaporkan dihantar ke klinik selepas itu namun disahkan meninggal dunia selepas 40 minit mulutnya dilekatkan pita pelekat.

Bapa juga mendakwa ketika ambulans tiba, anaknya itu sudah meninggal dunia kira-kira 30 minit. Dia turut menuduh pihak berkuasa cuba menyembunyikan insiden berkenaan.

Lelaki itu mendakwa guru terbabit yang melekatkan pita tersebut dikenali sebagai Ju Chunwei.

Kes berkenaan kini sedang disiasat dan guru tersebut telah digantung kerja.