Lelaki Posting Niat Bunuh Diri Sebelum Ditemui Maut Tergantung Dalam Bilik.

seorang pemuda berusia 22 tahun ditemui mati tergantung dalam bilik di rumah keluarganya.
Mangsa bunuh diri
Kuantan : Hanya kerana kehilangan orang yang tersayang, seorang pemuda berusia 22 tahun ditemui mati tergantung dalam bilik di rumah keluarganya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah keluarganya yang beralamat di no 19 blok 6 Peringkat 1 Felda Bukit Kuantan pancing.

Mangsa yang dikenali sebagai Amirul Asmad telah beberapa kali mengatakan hasratnya yang ingin mati dan ada memuat naik pelbagai kata-kata seakan ingin mengakhiri hidupnya itu yang di rasakannya tiada maknanya lagi tanpa insan tersayang.

Lebih daripada 10 moment yang menujukan kesedihan yang di alaminya akibat daripada ditinggalkan insan yang paling dia sayangi serta yang selalu menyokong beliau.

Mangsa sempat memuat naik gambar selfie nya yang terakhir dilaman sosialnya pada pukul 3 petang semalam yang memaparkan mukanya yang ” Kusut ” kerana menanggung pelbagai masalah hidup yang membuatkannya lemah.

Antara kata-kata mangsa yang amat menyentuh hati adalah perkataan " Mati " yang di muat naik di akaun facebook nya, terdapat ramai kawan-kawan media sosialnya yang menasihatkan dia bahawa mati bukanlah jalan yang harus dia ambil bagi menyelesaikan masalah yang membelengu dirinya.

Mangsa akhirnya telah mengambil keputusan untuk menggantung dirinya pada malam tadi yang merupakan malam ke 22 umat Islam menjalani ibadah puasa.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung di dalam biliknya sendiri, keputusan yang di ambilnya itu ternyata mengundang pilu terhadap keluarganya. Semoga ahli keluarga tabah menghadapi dugaan di bulan yang mulia ini.-Sumber: berita-sayu.blogspot.my