Lelaki Bawa Singa Bersiar-siar Ditahan Polis.


Viral sebuah video seorang lelaki dikatakan membawa seekor singa betina peliharaannya di belakang kenderaanya dituduh mengganggu ketenteraman awam. kejadian dikatakan berlaku di Karachi

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, singa itu dilihat di belakang kereta lelaki itu. video yang dirakam orang ramai mengenai perbuatannya jadi viral.

Polis berkata, Saqlain Javed, peniaga haiwan tempatan yang berusia 30-an ditangkap selepas penduduk membuat laporan.

Saqlain bagaimanapun memberitahu polis, dia dalam perjalanan menemui seorang veterinar serta mempunyai permit dan dokumen lengkap mengenai harimau berkenaan.

“Kami membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin,” kata Muqadas Haider, pegawai kanan polis tempatan.

Video itu ditonton lebih sejuta kali di Facebook dengan kebanyakan pengguna menyelar sikap lelaki itu yang mereka anggap hanya mahu menunjukkan kekayaannya. – Harian Metro