Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 12 Jun 2017

Ketika Balik Kerumah Aku Terkejut Melihat Isteri Bersama Lelaki Yang Tidak Di Kenali.

penceraian bukanlah jalan yang terbaik bagi sesuatu penamat perhubungan
Gambar hiasan
Akhir-akhir ini aku ada terbaca luahan seorang suami yang mengadukan punca penceraian mereka adalah di sebabkan si isteri yang berlaku curang di belakang mereka.

Namun begitu penceraian bukanlah jalan yang terbaik bagi sesuatu penamat perhubungan rumah tangga itu kerana penceraian hanyalah akan merugikan serta melukakan hati banyak pihak terutamanya anak-anak yang menjadi mangsa kepada penceraian ibu bapa mereka.

Hari ini aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman aku berjumpa dengan seorang suami yang amat aku kagum dengan kecekalan hatinya mempertahankan rumah tangga walaupun tahu isterinya berlaku curang di belakangnya.

Bukanlah kerana dia dayus tetapi dia bertahan hanya atas nama kasihankan anak-anak sedangkan ketika itu tiada sedikitpun rasa di hati untuk isterinya.

Lelaki ini merupakan seorang kontraktor jadi sudah pastilah dia selalu melakukan kerja di luar kawasan andai kata dia dipanggil untuk bekerja tetapi dia tidak kisah kerana niatnya hanyalah untuk mencari rezeki buat keluarganya.

Usia perkahwinan aku dah mencecah 10 tahun serta di kurniakan dua orang anak, anak pertama berusia 6 tahun manakala anak kedua pula baru berusia 2 tahun, ketika ini kebetulan aku telah ditugaskan bekerja di Muar manakala keluarga aku berada di Johor Bahru.

Ketika itu memang aku rasa rindu sangat dengan isteri dan anak-anak, tetapi masa itu memang kemudahan smartphone ini tak ada lagi, telefon pun aku tak ada nak bertanyakan khabar atau nak dengar suara dia orang semua pun tak boleh.

Hari itu memang aku dah nekad nak balik rumah aku nak jumpa dia orang semua, namun begitu ketika aku balik rumah aku ingatkan nak bagi kejutan tetapi ketika aku balik rumah aku tengok anak-anak aku bersendirian di ruang tamu dan anak kedua aku ketika itu tengah menangis.

Mungkin Allah nak tunjukkan kepada aku satu kebenaran mengenai isteri aku yang berlaku curang di belakang aku, lepas tengok anak-anak dekat depan aku terus mencari kelibat isteri, Ya Allah ketika aku buka pintu bilik kami aku tengok isteri dan seorang lelaki yang aku tidak kenal dalam keadaan separuh bogel sebab ketika itu mereka tengah nak pakai pakaian.

Aku terkaku tak boleh nak cakap apa, nak marah pun tak terluah apa pun dari mulut seakan terasa dunia ini gelap, manakala lelaki yang bersama isteri terkejut melihat saya dan terus melarikan diri melalui tingkap.

Masa itu memang aku tiada kekuatan dan hanya melihat kepada anak-anak manakala isteri terus pegang kaki minta ampun serta meminta tidak di ceraikan, ketika itu segala kepercayaan serta kasih kepada isteri memang dah terpadam automatik dan aku hanya kasihan melihat anak-anak kami yang tidak mengerti apa-apa.

Aku tidak berdaya untuk menceraikan isteri, selepas kejadian memang kami hidup seperti biasa cuma aku sering terbayang kecurangan isteri ketika mahu masuk kebilik tidur dan sejak kejadian tersebut aku tidak lagi mengambil kerja luar.

Isteri tidak lagi melayan keperluan batin aku dan setiap kali mahu bersama pasti isteri memberikan alasan penat.

Bertahun kami hidup begitu sehinggalah aku bertemu dengan seorang wanita yang aku rasakan amat baik serta berperwatakkan lembut serta menyenangkan hati berbanding isteri yang bersikap dingin dengan aku serta selalu marah-marah.

Aku memberitahu isteri bahawa aku mahu berkahwin lain, isteri mengamuk macam naik hantu dan turut menyerang bakal isteri kedua aku serta sering menelefon bakal isteri aku itu memaki hamun dia.

Namun aku bersyukur kerana bakal isteri kedua aku itu sememangnya seorang yang amat tenang dan tak cepat melatah, dia hanya bercakap ok saja setiap kali isteri aku menelefon memaki dia, sampaikan isteri mengatakan kepada aku bahawa bakal isteri abang itu tak ada perasaan ke.

Aku hanya mendiamkan diri serta tidak melayankan perangai isteri aku itu, isteri menjadi anti poligami sebab ayah mertua aku itu berpoligami sampai empat dan mak mertua aku itu merupakan isteri pertama.

Akhirnya aku berkahwin juga dengan isteri kedua ini, masa ini aku tengok perangai isteri pertama aku berubah seratus peratus, dia tidak lagi kuat marah serta semakin dekatkan diri dengan pencipta seperti solat tak tinggal dan rajin mengajar anak-anak aku mengaji.

Selepas aku berkahwin lain, isteri pertama dan kedua aku menjadi rapat sampaikan pergi jalan-jalan serta shoping bersama-sama. Tenang aku tengok penerimaan isteri aku terhadap madunya itu.

Kini aku bahagia dengan keluarga aku, pesan aku kepada suami di luar itu janganlah cepat melatah dengan setiap masalah yang melanda rumah tangga pasti ada jalan penyelesaiannya dan penceraian bukanlah jalan yang sepatutnya di ambil.

Setiap orang pasti ada kekurangan masing-masing dan sebagai pasangan suami isteri carilah punca masalah itu terlebih dahulu, tolak ansur serta kesefahaman dalam rumah tangga sangat penting dan janganlah hanya mencari kesalahan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan