Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 17 Jun 2017

Katy Perry Cipta Sejarah Dengan 100 Juta Pengikut Di Twitter.

pengguna pertama Twitter yang memiliki 100 juta pengikut
Katy Perry
Washington –  Katy Perry yang merupakan seorang bintang pop telah berjaya mencipta sejarah apabila telah menjadi pengguna pertama Twitter yang memiliki 100 juta pengikut di platform media sosial terbabit.

“Hari ini kita melihat sesuatu yang bersejarah. Tahniah Katy Perry, yang pertama mendapat 100 juta pengikut!” kata Twitter dalam satu kenyataan yang menggunakan hashtag #WITNESShistory merujuk kepada album kelima dan terbaru Katy.

Baru-baru ini penyanyi terbabit yang berusia 32 tahun telah menyiarkan kehidupannya secara langsung selama 96 jam serta mengajak semua peminatnya di seluruh dunia untuk sama-sama menyaksikan aktiviti hariannya seperti tidur, memasak, melakukan senaman yoga, bermain dengan anjingnya yang diberi nama Nugget serta aktiviti santai iaitu berbual dengan beberapa rakan selebriti yang berkunjung ke rumahnya.

Walau bagaimanapun Katy atau nama sebenarnya Katheryn Hudson ketika ditemui mengakui bahawa kehidupannya yang disiarkan untuk seketika tersebut menerusi 41 kamera  bahawa tahap perhatian yang di berikan terhadap kehidupannya itu masih sukar diterima sepenuhnya.

Ini kerana bagi Katy itu hanyalah sekadar watak yang dikenali oleh semua orang tetapi pada hakikatnya itu hanyalah sekadar topeng yang menutupi dirinya yang sebenar.

Katy dengan rendah diri berkata bahawa dia hanyalah manusia biasa seperti orang lain cuma yang membezakannya ialah hidupnya sering diperhatikan.

Bagaimanapun Justin Bieber yang menjadi kegilaan wanita di luar sana mendapat tempat kedua di Tiwtter dengan pengikut yang hampir mencecah 97 juta, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Taylor Swift dengan jumlah pengikut mencecah 85 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan