Jika Ini Fitnah, Saya Cabar Rosmah Untuk Saman DOJ. - Tun M

Tun Dr Mahathir mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Keadilan Amerika Syarikat  DOJ) jika beranggapan dirinya Kena fitnah.

Tun Mahathir berkata demikian selepas peguam Rosmah mengeluarkan amaran kepada pengguna media sosial bahawa mereka akan disaman jika memfitnah Datin Seri Rosmah.

Ini Merupakan Kenyataan Tun Mahathir Di Facebook Rasminya. Dr. Mahathir bin Mohamad.
DS Rosmah kata dia nak buru pemfitnah, dan saya tidak takut sebab ini bukan fitnah.
Berani kerana benar.
Jika ini fitnah, saya cabar DS Rosmah untuk saman DOJ sekali.
Saya juga menggesa DS Rosmah supaya memulangkan semula duit rakyat dan barang kemas yang dibeli menggunakan duit rakyat.
Duit yang digunakan ini adalah milik rakyat bukan milik DS Rosmah. Jika berani, samanlah kami. Saya bersedia.
DOJ memfailkan saman pada Khamis lalu, dengan berkata isteri "Malaysian Official 1" menerima berlian bernilai AS$ 22 juta daripada individu berkaitan 1MDB, Jho Low, yang didakwa membelinya menggunakan dana yang diselewengkan.

Menurut pemfailan DOJ, Low membeli kira-kira AS$ 30 juta nilai barangan kemas untuk isteri MO1 dengan dana yang dicuri daripada 1MDB.

DOJ tidak mendedahkan identiti MO1 kecuali mengatakan beliau mempunyai pertalian dengan anak Rosmah, Riza Aziz, tetapi Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Najib.

Low berkata pemfailan itu adalah tidak berasas manakala Najib menafikan sebarang salah laku.

Agensi berita, Reuters turut melaporkan bahawa barangan kemas dan berlian tersebut telah dibeli untuk Rosmah.

Artikel itu turut disiarkan oleh pelbagai penerbitan berita. Sumber: Malaysiakini