Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 21 Jun 2017

Isu Kad Nama Isteri Guna Lambang Kementerian, Ini Jawapan Nazri.

Kecoh di media sosial kad nama seolah kad kementerian pelancongan dan kebudayaan yang didakwa milik isteri menteri, Datuk Seri Nazri Aziz

Kad nama itu turut memaparkan gambar pemilik Isteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datin Seri Haflin S, di samping jata negara, alamat kementerian di Putrajaya, nombor telefon Malaysia dan Perancis, serta emel.

Menurut laporan FMT, Nazri berkata beliau tidak pernah maklum tentang pengeluaran kad tersebut.

“Untuk mengeluarkan mana-mana kad daripada kementerian, perlu dapatkan kelulusan saya. Saya tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa…tetapi ada juga pegawai yang tak boleh dipakai, maka saya tak tahu kad itu betul atau tidak.”

Beliau juga memaklumkan isterinya tidak pernah meminta kad seumpama itu.

Nazri menegaskan tidak bersetuju dengan pengeluaran kad rasmi kementerian kepada ahli keluarga. “Anak saya pun saya tidak benarkan,” katanya.

Gambar kad nama itu turut dikongsi bekas editor Kumpulan New Straits Times Mustapha Kamil Mohd Janor, yang berkata campurtangan keluarga dalam urusan negara tanda negara menuju kegagalan.

“Selain itu, bolehkah sesiapa menggunakan jata negara sesuka hatinya?” katanya di Facebook.

Laman Facebook popular Tentera Troll Kebangsaan Malaysia turut memuatnaik gambar itu, dan setakat ini sudah dikongsi 179 pengguna lain. – FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan