Isteri Terseksa, Suami Dengar Cakap Mertua.

sejak kahwin keluarga belah suami sememangnya tidak menyukai dia
Sejak kahwin keluarga belah suami sememangnya tidak menyukai Saya
Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga seharusnya mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam baru.

Perkahwinan ini bukanlah sekadar berkahwin dengan insan yang kita sayangi tetapi apabila kita memilih seseorang itu bermakna kita seharusnya menerima keluarganya sekali.

Kesabaran amat penting dalam perhubungan itu jika mahu kekal bahagia, dalam mengenali hati budi keluarga masing-masing juga kita perlu perbanyakkan sabar kerana bermacam kerenah bakal kita hadapi dalam sesi mengenali hati budi ahli keluarga masing-masing.

Di awal perkahwinan semestinya kita merasakan sedikit kekok dengan keluarga mertua sebab masih belum serasi dengan cara keluarga baru.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 21 tahun yang baru melangkah ke alam perkahwinan, di usianya yang muda sudah pun berumah tangga pasti banyak dugaan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ain tersebut telah meluahkan keluhannya di pages Kisah Rumah Tangga mengenai rumah tangga yang baru di binanya pada tiga bulan yang lalu.

Ain meluahkan masalah yang di hadapinya mengenai suami yang selalu melebihkan ibunya dari semua segi, suaminya itu lebih menyanyangi ibunya berbanding dia sebagai isteri.

Tapi kalau nak ikut logik memanglah anak mana yang tidak sayang ibukan, syurga seorang anak kan bawah tapak kaki ibu, itu saya pun tahu, luah Ain.

Sememangnya sejak kahwin keluarga belah suami sememangnya tidak menyukai dia, termasuklah ibu mertuanya sendiri.

Dengan sikap suami yang langsung tidak membela saya kadang-kalanya kata-kata suami menusuk ke kalbu dan sampai ke otak sehinggakan terngiang-ngiang di telinga setiap patah kata yang keluar dari mulutnya.

Mil bukanlah seorang yang tua sangat dan baru berusia 40 tahun dan masih lagi bekerja tetapi mil saya ini ada masalah sikit, dia sememangnya tidak pandai langsung untuk memandu.

Saya pun berkerja juga maklumlah mana nak cukup zaman sekarang ini kalau seorang sahaja yang bekerja, suami saya ini pula jenis yang kerja malam, jadi petang memang waktu untuk dia tidur.

Maka nak taknak sayalah yang kena ambil mil saya itu balik kerja, dahlah penat-penat balik kerja lepas itu nak kena ambil mil pula, tugas ini dah diserahkan kepada saya sebelum saya jadi menantu keluarga ini lagi.

Kadang-kadang itu saya terfikir juga, sebelum kehadiran saya dalam keluarga ini mertua saya ini naik apa pergi balik kerja dan kenapa jadikan saya mangsa sekarang, sampaikan satu tahap saya dah malas nak ambil dia sebab dahlah kadang-kadang saya ini kerja lebih masa dan dah terlampau penat tapi mil saya ini macam buat tak faham keadaan saya ini.

Suami saya ini pula jenis tidur dia susah betul kalau nak di bangunkan, kalau masa balik ke rumah itu dahlah saya ini penat bila ketuk pintu pula macam nak roboh pintu pun belum tentu dia nak buka pintu tapi yang peliknya kalau mak dia ketuk pintu itu sekali saja dia dah boleh dengar terus buka pintu.

Kalau suami itu buka pintu pun pasti dia marah-marah seperti melirik kepada saya tapi mungkin dia tak dapat nak lepaskan dekat saya sebab ada mil sekali.

Saya dah penat dah nak berpura-pura baik dekat depan mil ini, untuk pengetahuan semua suami saya itu anak tunggal jadi saya terpaksa duduk di rumah mil walaupun memang saya tidak mahu duduk di sana.

Kalau difikirkan kenapa pula kami tidak boleh ada kehidupan sendiri sedangkan kami ini dah pun berumah tangga, saya nak juga hidup berdikari serta ada privasi sendiri.

Dah penat saya paksa suami berpindah duduk rumah sewa tetapi suami tetap tak nak berpindah dan kata dia leceh kalau duduk rumah sewa tak boleh nak berjimat.

Sejak saya berkahwin mil memang tak pernah nak sukakan saya sampaikan macam-macam mil mengadukan dekat suami saya sehingga timbul rasa benci yang amat sangat terhadap mil memandangkan suami yang selalu menangkan ibunya serta melemparkan macam-macam kata yang mengguris hati saya.

Dengan keadaan keluarga mil dan mil sendiri yang tidak pernah nak melayan saya dengan baik, dengan sikap suami sendiri membuatkan saya rasakan bahawa buat apa nak terus hidup dengan orang yang tidak sukakan kita lebih baik saya memilih untuk berpisah.

Telah timbul di fikiran saya yang saya ini seorang yang dah berkerjaya jadi kalau tidak ada suami pun saya boleh hidup sendiri, maaflah kalau tanggapan saya ini salah. Wartawan Jalanan