Isteri Stress Suami Terlampau Ego Hanya Pentingkan Diri Sendiri.

 hargailah pengorbanan isteri itu sikit
Gambar hiasan
Lelaki dekat luar sana tolonglah jangan terlampau ego sangat, hargailah pengorbanan isteri itu sikit dan jangan tahu nak pentingkan diri sendiri, kalau macam itu janganlah kahwin kalau isteri itu kau orang layan macam tak ada perasaan saja.

Aku ini sebagai lelaki pun geram bila baca cerita seorang wanita ini yang mengeluh mengenai suami dia yang terlampau ego dan sangat pentingkan diri sendiri itu.

Isteri itu dah macam-macam buat untuk kita, dah lahirkan anak untuk kita, dah jaga makan minum serta pakai kita dengan baik itu pun tak tahu bersyukur, kalau nak menghargai bukan hanya dengan wang ringgit atau hadiah mahal-mahal tapi cukuplah sekadar berterima kasih pun isteri itu dah suka.

Berikut merupakan luahan seorang isteri di pages Kisah Rumah Tangga yang aku baca.

Sekarang ini saya betul-betul stress dengan apa yang berlaku kepada diri saya, saya dah berkahwin selama enam tahun dan sepanjang perkahwinan kami telah di kurniakan seorang anak tetapi dalam tempoh tersebut jugalah saya selalu makan hati dengan sikap suami.

Memang saya tidak nafikan suami memang seorang yang baik, sembahyang tidak pernah tinggal dan puasa pun pernah tak pernah sehari pun dia ponteng tapi yang jadi masalah kepada saya apabila dia terlampau ego untuk memahami saya sebagai isterinya.

Suami tidak pernah ambil kisah pasal saya dan dia juga tidak pernah nak minta maaf atas kesalahan dia melukakan hati saya, masa saya bersalin dekat anak kami pun dia tergamak meninggalkan saya di rumah ibu bapa saya dan langsung tidak pernah menghubungi kami anak beranak untuk bertanya khabar atau apa saja.

Suami membiarkan saya di rumah ibu bapa saya selama berbulan-bulan tanpa menjenguk langsung kami, belanja semua pun ibu bapa saya yang tanggung, dia seposen pun tak ada bagi dekat saya untuk belanja di sana, saya amat stress dengan sikapnya yang tidak bertanggung jawab tersebut.

Orang berpantang ini tak elok sedih-sedih tapi saya hari-hari menangis mengenangkan nasib saya dan anak, adakah saya dan anak tidak layak mendapat perhatian darinya semuanya saya kena uruskan sendiri.

Suami tidak pernah nak ambil peduli pasal rumah, duit gaji saya berkerja pun selalu saya gunakan untuk membayar sewa, ansuran bank dan belanja rumah, gaji dia saya sendiri tidak tahu berapa dan pergi ke mana, memang dia sentiasa cakap tak ada duit semua dahulukan duit saya lepas itu walaupun lambat tapi da akan ganti semula sikit-sikit.

Saya tak kisah sangat pasal belanja rumah ini walaupun gaji saya habis di situ sahaja tapi saya cuma inginkan perhatian dari suami saya sahaja, kadang-kadang itu saya balik rumah lepas kerja saya stress sangat tengok dengan rumah bersepah dia buat.

Suami hanya buat tak tahu sahaja, dia tidak pernah fikir nak mencantikkan rumah kami dan saya yang selalu terpaksa mengingatkan dia supaya menolong saya sama.

Kami sama-sama bekerja jadi dia tak boleh faham saya ke yang penat bekerja membantu dia menambah pendapatan, kerja rumah langsung tak nak tolong tapi tahu menyepahkan rumah saja.

Sepatutnya dalam rumah tangga ini saling membantu tetapi semua saya seorang yang kena buat, mana nak kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, cuci bilik air, nak jaga anak lagi dan nak melayan dia lagi, saya rasa betul-betul penat untuk melakukan semua sendirian.

Bilik tidur kami jangan nak cakaplah, bau busuk sangat bau masam sampaikan saya nak baring pun tak tahan dan kaki saya sampai lebam-lebam serta gatal-gatal mungkin sebab banyak sangat kuman, saya ini pula jenis tidur dalam kelambu kalau tak ada kelambu saya tak boleh tidur bila nyamuk asyik main dekat telinga saja.

Sejak kami kahwin memang cadar, kelambu dan langsir semua tak pernah bertukar hinggakan semuanya dah jadi lusuh dan reput dah pun dia buat tak tahu saja, nak beli baru pun memang tak langsung dan kalau nak harap duit gaji saya semua dah belanjakan untuk rumah dan keperluan anak sampaikan untuk diri sendiri pun tak ada.

Suami tahu saya tak boleh tidur tanpa kelambu dan dah lama saya tak tidur dalam bilik kami saya tidur di bilik anak sebab ada kelambu tapi suamimacam tak kisah dan tak terfikir langsung nak beli kelambu, apa dia memang tak nak saya tidur dekat sebelah dia ke.

Saya stress sangat dapat suami macam ini dan saya cemburu dengan orang lain yang dapat suami yang prihatin dengan dia orang, kalau nak ikutkan hubungan kelamin pun sejak saya kahwin dengan dia pun hanya tiga atau empat kali saja dia inginkan saya yang selebihnya saya yang terpaksa mengajaknya sebab saya nak kan kasih sayang darinya dan kenapa dia tak nak faham isi hati saya.

Sampaikan saya takut untuk bersalin lagi dengan sikap dia macam itu, bagi dia semuanya ok saja dia langsung tidak mahu memahami diri saya, saya ini umpama hidup dengan batu yang tak ada perasaan saja.

Dah banyak kali juga saya tunjukkan protes dengan baling kerusi, pinggang mangkuk, periuk lepas itu kerit kuat-kuat, suami dengar semua itu tapi dia buat tak kisah saja nak tanya masalah saya lagilah jauh betul.

Saya pernah juga meluahkan kepada suami perasaan saya yang seperti diabaikan, dan saya minta dia berubah untuk mengambil berat hal saya dan anak tetapi suami hanya sekadar mendengar sahaja tanpa melakukan apa-apa serta tetap dengan sikapnya itu.

Apa yang patut saya buat dengan suami macam ini, saya dah buntu nak buat apa lagi dan berapa lama lagi saya nak kena bertahan macam ini. Tolonglah bagi tahu saya jika ada badan kuasa yang boleh menasihatkan suami saya ini.-Wartawan Jalanan

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments