Berita Informasi Terkini

Ahad, 18 Jun 2017

Isteri Jaga Kekasih Suami Dalam Pantang.

sehinggalah Julice disahkan mengandung anak kepada suami saya.
Kesedihan seorang isteri
Jarang sekali kita membaca kisah wanita yang bergelar isteri ini tabah bila suami ada perempuan lain, selalunya kalau dah kantoi macam itu dah tentu isteri langsung minta cerai atau mesti dah mengamuk pergi belasah kekasih suami itu.

Tabik spring betul aku dengan seorang wanita ini yang telah berkongsikan kisah hidupnya yang aku rasa bukan semua wanita boleh jadi tabah macam dia.

Saya berkahwin pada usia baru mencecah 21 tahun dan saya berkahwin dengan suami adalah atas dasar suka sama suka, hubungan kami bertambah bahagia apabila kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan kini dia telah pun menjangkau usia 6 tahun.

Suami saya merupak seorang yang amat baik serta bertanggungjawab dan bijak dalam membuat keputusan, namun saya di uji apabila suami telah berkenalan dengan seorang perempuan Filipina.

Apa yang membuatkan saya kelihatan bodoh adalah apabila semua ahli keluarga mengetahui mengenai perempuan tersebut kecuali saya, saya yang merupakan teman tidur,bergurau dan makan tetapi saya merupakan orang terakhir yang tahu hubungan suami dengan perempuan itu yang bernama Julice.

Saya langsung tidak menyedari kecurangan suami kerana sepanjang perkenalannya dengan Julice suami langsung tidak menunjukkan apa-apa perubahandan dia sentiasa melayan saya dengan baik serta tidak pernah pula saya lihat dia membawa telefon ke hulur hilir seperti orang bercinta.

Sehinggalah pada suatu hari ketika suami pulang dari kerja dia telah membawa pulang Julice, walaupun terkejut kerana dia membawa pulang kawan wanita secara tiba-tiba namun saya menyambutnya dengan baik.

Ketika itulah suami memperkenalkan Julice kepada saya dan bukan itu sahaja suami telah menceritakan segala-galanya kepada saya tentang hubungan mereka sehinggalah Julice disahkan mengandung anak kepada suami saya.

Saya terdiam mendengar pengakuan suami, tiada kata yang dapat di ungkapkan dan tiada air mata yang dapat di keluarkan ketika itu, hati saya seperti di tusuk pisau tetapi saya berpura-pura tenang dan menyuruh suami supaya menghantar Julice terlebih dahulu sebelum berbincang dengan saya.

Suami tidak membantah dan berlalu pergi untuk menghantar Julice, setelah itu saya berlalu pergi masuk ke dalam bilik mandi dan meraung sepuas-puasnya, saya betul-betul rasa dikhianati dan pelbagai rasa yang tak dapat di ungkapkan.

Ketika suami pulang saya dah puas meraung dalam tandas, saya tidak mahu suami melihat saya lemah walaupun pada hakikatnya hati ini dah remuk, suami menceritakan dari A hingga Z kisah dia dengan Julice namun saya hanya mendengar tanpa memandang muka suami.

Sejak daripada kejadian itu hubungan suami dengan saya menjadi renggang dan kalau bercakap pun pasal anak sahaja yang lain kami hanya buat kerja masing-masing sahaja sehingga lima bulan kejadian tersebut berlalu.

Tiba-tiba suami mengatakan kepada saya yang dia memerlukan duit untuk kelahiran anak mereka sebab al maklumlah pendatang asing kena bayar bil hospital mahal malah barang baby dan barang ibu berpantang pun suami tak mampu masa itu sebab duit memang tak cukup jadi minta tolong dengan saya.

Entah kenapa dan dari mana muncul kekuatan saya janji dengan suami saya akan tanggung malah saya benarkan Julice berpantang di rumah saya, saya tunaikan janji saya dan alhamdullillah Julice selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Segala keperluan dia saya yang sediakan, saya jaga dia tengah pantang dan hari-hari saya masakkan makanan untuk dia sehinggalah satu malam itu dia mengetuk pintu bilik kami.

Dia melutut depan saya meminta maaf serta berjanji akan meninggalkan suami kerana dia rasa amat bersalah dengan saya kerana mengganggu rumah tangga kami, suami yang tersedar ketika itu terus memeluk saya erat serta berjanji tidak akan mengkhianati saya lagi sebab dia rasa amat malu dengan saya yang sanggup melayan Julice dengan baik.

Saya hanya memandang suami sambil tersenyum, tiada kata yang terluah.

Habis pantang Julice mengotakan janjinya dan pulang ke Manila semula, bayinya itu dia serahkan kepada kami dengan harapan anaknya itu akan memiliki hati yang baik seperti saya, saya juga turut berjanji dengannya bahawa saya akan menjaga princess seperti anak saya sendiri.

Suami yang baik berubah menjadi lebih baik, walaupun orang cakap saya bodoh namun bagi saya inilah kemenangan terbesar saya sebagai seorang isteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan