Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 15 Jun 2017

IGP Tidak Campur Tangan, AG Kesal DOJ Sindir Perdana Menteri Isu 1MDB.

Setelah senyap seketika isu 1MDB, kini kes ini mula di sebut-sebut semula apabila Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman terhadap 1MDB.

Menurut laporan Malaysiakini, Tan Sri Kkhalid Abu Bakar sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak akan campur tangan dalam saman yang difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan saman sivil berkenaan, Khalid berkata pihak polis tidak akan campur tangan dalam kes berkenaan.

"Kalau tindakan sivil, polis tidak akan campur tangan.

"Tidak (bekerjasama dengan FBI) dalam perkara sivil," katanya ringkas pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung saman ketiga yang difailkan DOJ berkaitan 1MDB.

Apandi kesal 'sindiran' DOJ terhadap PM

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) atas "sindiran" terhadap perdana menteri dalam saman sivil pelucuthakan terbaru yang difailkannya minggu ini.

"Kami ingin menyuarakan keprihatinan yang amat sangat terhadap sindiran salah laku jenayah terhadap perdana menteri.

"Tidak ada langsung dalam saman sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau telah didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

Apandi bertegas bahawa pihak berkuasa Malaysia mendapati tiada salah laku berkaitan dengan 1MDB seperti yang didakwa dalam saman pelucuthakan itu.

Menurut beliau, pihaknya mengambil perhatian bahawa tidak ada bukti dari sebarang penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dalam pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan bahawa wang telah disalahgunakan dari 1MDB, dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah terhadap mana-mana individu berhubung dakwaan penyelewengan dana dari 1MDB.

"1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan telah menjadi subjek beberapa siasatan dalam Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Selepas semakan, kami mendapati bahawa tidak ada jenayah  dilakukan.

"Pada masa ini masih terdapat penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai 1MDB," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara menyatakan "kekecewaan bahawa sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak diberitahu atau dimaklumkan oleh DOJ berhubung tindakan itu."

DOJ malam tadi mengumumkan pencapaian yang paling signifikan sejak 21 Julai tahun lepas, apabila penyiasat AS pertama kali mendedahkan secara terbuka mengenai dakwaan skandal 1MDB.

Pada masa itu, penyiasat AS berkata lebih AS$3 bilion didakwa disalahgunakan dari 1MDB dan berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengannya.

Dalam pemfailan terbaru dan ketiga malam tadi, DOJ kini meletakkan angka dakwaan penyalahgunaan itu pada AS$4.5 bilion dan kini berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dicuri dari 1MDB. - Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan