Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 19 Jun 2017

Ibu Terkejut Melihat Bayi Yang Baru Dilahirkannya.

Seorang wanita amat terkejut ketika melihat bayi yang dia lahirkan
Gambar detik-detik mengejutkan
Seorang wanita amat terkejut ketika melihat bayi yang dia lahirkan manakala juru kamera yang merakamkan aksi spontan tersebut sampai menitiskan air mata.

Detik-detik melahirkan seorang anak merupakan saat tang amat penting bagi seorang ibu serta keluarganya dan kebanyakkan wanita mahukan detik-detik tersebut dirakamkan sebagai moment terindah sehinggakan sanggup membayar juru kamera untuk merakamkan detik tersebut.

Itulah juga yang terjadi kepada seorang wanita yang di kenali sebagai Dara Crouchyang 29 tahun yang berasal dari Georgia setelah di sahkan mengandung anak keduanya dan dia amat yakin bahawa dia akan melahirkan bayi perempuan lagi sekali.

Ini kerana tidak ada seorang pun bayi lelaki yang lahir dari keturunan keluarganya sejak 50 tahun lalu, namun siapa menyangka sangkaan Dara telah tersasar dan juru kamera terbabit berjaya menangkap gambarnya yang terkejut ketika mengetahui bahawa dia telah melahirkan seorang bayi lelaki.

Menurut petikan dari Daily Mail, Dara serta suaminya telah memilih untuk menunggu sahaja kelahiran anak kedua mereka ini tanpa membuat sebarang scan untuk mengetahui jantina bayi tersebut.

Namun begitu kedua-duanya mempunyai andaian yang berbeza kerana walaupun mengikut daripada keturunan Dara semua ahli keluarganya hanya melahirkan bayi perempuan namun firasat suaminya kuat mengatakan bahawa kehamilan Dara kali ini amat berbeza daripada anak pertama mereka.

"Dari awal kehamilan lagi suami telah mengatakan bahawa bayi yang saya kandung merupakan anak lelaki", kata Dara kepada Popsugar.

"Tapi saya langsung tidak yakin dengan andaiannya, saya dapat merasakan bahawa pakai anak pertama saya nanti boleh di gunakan semula untuk anak kedua ini kerana jarak hari lahir mereka hanya tiga minggu".

"Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan melahirkan anak lelaki sehinggalah beberapa minit sebelum dia di lahirkan, ketika doktor memangkunya saya amat terkejut melihat bahawa anak saya adalah lelaki, saya jadi amat bersemangat serta merasa terlalu gembira", katanya lagi.

Juru gambar Neely Ker-Fox dari ker-Fox Photography telah berjaya mengambil gambar detik-detik indah terbabit

Nelly mengatakan bahawa walaupun dia telah merakamkan lebih dari 100 kelahiran serta telah melihat pelbagai ragam dan ekspresi dari ibu serta keluarga namun momen kali ini amat berbeza dari biasa sehingga mampu menitiskan air matanya sendiri.

"Ketika Dara melihat aku dan aku merakamkan reaksi terkejutnya yang bercampur gembira membuatkan aku menitiskan air mata di sebalik kamera yang merakam detik-detik indah itu," kata Neely.

Detik yang amat bermakna ini akan di ingati oleh keluarga Crouch mahupun Ker-Fox sampai bila-bila, setiap saat keraguan serta merasa tidak yakin akan diri mereka sendiri dan masa depan anak akan hilang begitu sahaja saat melihat bayi yang baru dilahirkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan