Ibu Terkejut Melihat Anak Didera Secara Langsung Di Telefonnya

 Seorang ibu tidak menyangka bahawa pnderaan ke atas kanak-kanak akan berlaku terhadap anaknya sendiri
Penjaga dera budak berusia 2 tahun

Los Angeles, Amerika Syarikat - Seorang ibu tidak menyangka bahawa pnderaan ke atas kanak-kanak akan berlaku terhadap anaknya sendiri, dia telah menyaksikan anaknya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU) didera oleh seorang penjaga yang di upah bertugas menjaga anaknya itu.

Menurut Daily Mail, di fahamkan ketika kejadian ibu mangsa yang di kenali sebagai Dyanna Ko tiada di rumah tetapi dia ada meletakkan CCTV bagi tujuan memantau anaknya itu ketika ketiadaannya di rumah.

Ketika dia mahu memeriksa keadaan anaknya melalui CCTV yang di sambungkan kepada telefonnnya secara langsung, dia amat terkejut apabila terpaksa melihat anaknya didera secara langsung di telefonnya.

Mangsa yang dikenali sebagai Landon berusia 2 tahun dikatakan menghidap sindrom Rubinstein- Taybi serta buta sebelah hanya boleh makan melalui tabung dan mangsa juga memerlukan rawatan yang khusus 24 jam.

Dyanna telah membayar penjaga tersebut ratusan dollar untuk setiap minggu bagi tugas menjaga anaknya itu sahaja namun dia tidak menyangka akan melihat melalui aplikasi CCTV itu penjaga terbabit tergamak memukul serta mengoncang anaknya yang berada dalam kerusi bayi.

"Ketika saya memberitahu rakan saya bahawa saya memperhatikan anak saya diperlakukan sebegitu, saya rasa seperti nak pengsan," katanya kepada CBS Los Angeles.

Dalam video yang disebarkan terbabit kita dapat melihat kelakuan penjaga terbabit yang menggulung senaskah majalah bagi tujuan menggunakannya untuk memukul mangsa.

Lebih memilukan hati Dyanna apabila dia terpaksa melihat sahaja anaknya diperlakukan sebegitu tanpa dapat berbuat apa-apa untuk menghalang penjaga tersebut daripada terus mendera anaknya itu.

Selepas kejadian tersebut, Dyanna serta suaminya segera menghubungi talian 911 bagi melaporkan kejadian yang menimpa anak mereka itu dan sepasukan pihak polis telah dikerahkan ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa serta menahan penjaga terbabit.

Penjaga terbabit dikenali sebagai Thelma Manalastas dikatakan bekerja di bawah syarikat Maxim Healthcare Service yang merupakan satu syarikat yang menyediakan khidmat penjaga telah di tahan serta-merta ketika pihak polis membuat serbuan di rumah Dyanna.

"Berhubung kejadian terbabit, siasatan telah dilakukan dan kesalaha terbabit telah terbukti benar dan pihak kami telah bertindak memberhentikan khidmat penjaga terbabit serta pihak kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung kejadian yang menimpa mangsa," kata salah seorang staf yang mewakili syarikat terbabit.

Walau bagaimanapun, kedua ibu bapa mangsa yang masih tidak berpuas hati dengan tindak balas syarikat terbabit yang seakan bertindak hanya untuk melepaskan diri sendiri telah mengatakan pendirian mereka yang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat terbabit.