Hidup Saya Dimusnahkan Oleh Bekas Isteri Dengan Keluarga Sendiri.

Tetapi setiap peluang yang di berikan mempunyai hadnya serta bergantung kepada pasangan masing-masing,
Isteri kantoi curang dua kali
Kehidupan rumah tangga memang banyak liku yang harus ditempuhi dan memerlukan kesabaran serta perlu saling memberikan peluang antara satu dengan lain untuk saling memahami dan memperbetulkan diri masing-masing.

Tetapi setiap peluang yang di berikan mempunyai hadnya serta bergantung kepada pasangan masing-masing, selalu kita dengar kisah wanita yang sering teraniaya dan jarang sekali kita dengar lelaki teraniaya dalam kehidupan rumah tangga dan jika ada pun mereka akan sembunyikan untuk menjaga hati banyak pihak.

Di sini saya ingin menceritakan kisah seorang lelaki yang terasa dirinya teraniaya oleh perbuatan seorang wanita yang pernah satu ketika bergelar isterinya serta keluarganya sendiri.

Saya tidak tahu dari mana harus saya ceritakan kisah hidup saya yang penuh dengan tekanan, saya merupakan seorang duda anak dua dan saya berusia 35 tahun tetapi hidup dengan penuh tekanan dari orang di sekeliling saya malah keluarga sendiri yang buat saya macam ini.

Saya dah bercerai dengan bekas isteri dah hampir dua tahun, saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya dan agak berupa dari bekas isteri tetapi bagi saya rupa tidak penting yang penting hanyalah kebahagiaan kami sekeluarga.

Saya tidak salahkan isteri atas perceraian kami kerana bagi saya semua ini berpunca dari saya sendiri kerana kerjaya membuatkan saya tiada masa langsung untuk dia serta anak-anak sehinggakan kadang-kadang itu saya selalu ke luar daerah sehingga berbulan-bulan menyebabkan kami tidak sefahaman.

Semakin hari hubungan kami semakin renggang kerana kesibukan saya mencari nafkah buat keluarga, selepas lima tahun usia perkahwinan kami bekas isteri telah berlaku curang dengan saya dan kecurangan tersebut menyebabkan saya mencari bukti sendiri dan dia pun telah mengakuinya kesilapannya itu.

Saya telah memberikannya peluang kedua tetapi bak kata pepatah luka jika sembuh sekalipun pasti akan meninggalkan kesan parut tetapi saya berikan peluang kepadanya atas dasar demi anak-anak.

Selepas dari kejadian tersebut memang saya nampak perubahan dari dia yang pandai mengambil hati saya malah aib dia memang saya jaga dan tidak memberitahu perkara tersebut kepada keluarga mertua mahupun keluarga saya sendiri.

Selepas itu isteri saya pun mengandungkan anak kedua kami yang jaraknya lima tahun daripada anak sulung kami, walaupun saya melihat perubahan yang dia tunjukkan tetapi perasaan syak wasangka itu tetap ada sehinggakan saya hack whatsapp dia tanpa pengetahuannya.

Sejak daripada itu saya selalu pantau segala pergerakkan serta pergaulannya sehinggalah dua tahun berlalu dan bekas isteri saya buat hal lagi serta tiada lagi peluang kedua untuknya.

Saya memang nekad untuk melepaskannya walaupun dia telah merayu-rayu untuk berubah serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya tetapi saya tekad dengan niat saya dan kami pun bercerai dengan talak satu.

Semenjak dari itu bermulalah episod hitam dalam hidup saya apabila keluarga saya sendiri tidak dapat menerima kenyataan perceraian kami kerana bagi mereka maruah keluarga lebih penting daripada perasaan saya sendiri.

Keluarga telah memaksa saya supaya menerima semula bekas isteri demi anak-anak tetapi saya memang tak boleh sebab tiada perasaan lagi terhadapnya selepas apa yang dia lakukan terhadap saya dengan kecurangannya itu.

Jika saya terima dia tidak mustahil dia akan tetap mengulangi kesilapan itu lagi dan akhirnya hanya akan melukakan hati saya sendiri, saya bukannya dayus untuk terima apa sahaja yang dia lakukan namun saya masih lagi menjaga aib dia dan tidak memberitahu sebab sebenar kami bercerai kepada keluarga saya.

Semenjak saya menolak untuk berbaik semula dengan bekas isteri, keluarga saya sendiri telah cuba menghancurkan hidup saya satu persatu dan pelbagai perkara mereka lakukan semata-mata untuk melihat hidup saya musnah.

Bekas isteri pula tak habis-habis menghasut semua orang supaya membenci saya dan dengan penampilan dia yang seperti perempuan muslimah yang baik membuatkan semua ahli keluarga saya termakan dengan hasutannya itu tambahan pula dia seorang perempuan.

Biasalah dalam dunia ini asal berlaku perceraian sahaja semua salah jatuh kepada kaum lelaki dan perempuan kelihatan seperti golongan yang teraniaya.

Bekas isteri saya telah memburuk-burukkan saya kepada keluarga saya sendiri dan memberitahu kepada mereka bahawa saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab sedangkan saya tidak pernah lupakan nafkah anak malah soal pendidikan anak-anak semuasaya ambil tahu.

Walaupun dia cuba pisahkan saya daripada anak-anak dan berkomplot dengan keluarga saya untuk santau saya sehinggakan saya betul-betul sakit teruk akibat perbuatan mereka semua sampaikan saya pergi berubat dengan seorang ustaz ini.

Ustaz tersebut memberitahu bahawa keluarga saya telah terkena sihir penunduk oleh bekas isteri saya sehinggakan keluarga saya sendiri sanggup buang saya yang merupakan darah daging mereka sendiri.

Keluarga siap ajarkan bekas isteri supaya tuntut segala aset yang saya ada di mahkamah semata-mata nak tengok kejatuhan saya serta menyusahkan hidup saya sehinggakan saya makan pun terpaksa bercatu-catu gara-gara keluarga saya sendiri.

Saya sampaikan terfikir-fikir mengapa keluarga saya sendiri sanggup berbuat saya macam itu sedangkan saya ini darah daging mereka dan bekas isteri itu hanya orang luar yang tiada apa-apa ikatan lagi dengan saya.

Saya bukanlah hendk menuduh bekas isteri saya itu tanpa bukti tetapi dulu saya pernah hack whatsapp dia semasa dia bergelar isteri saya jadi sampai sekarang pun saya ada lagi whatsapp dia dan mengetahui segala agenda dia bersama keluarga.

Sehinggalah satu hari itu Allah nak tunjukkan bukti kekuasaannya dan mendengar doa saya yang teraniaya, saya dapat bukti yang bekas isteri telah berzina dengan suami kawan dia sendiri melalui perbualan whatsapp dia.

Sebelum ini saya ceritakan kelakuan sebenar isteri semua ahli keluarga tak percaya dengan saya setelah ada bukti ini saya screen shot semua mesej-mesej dia dengan suami kawan dia sendiri dan saya tunjukkan kepada ahli keluarga.

Tetapi saya tidak menyangka bahawa walaupun bukti dah terang-terang di depan mata namun mereka tetap mengatakan saya yang bersalah serta sayalah punca bekas isteri menjadi begitu sampai bertukar-tukar lelaki sehingga terjebak ke lembah zina.

Keluarga menyalahkan saya kerana mengatakan bahawa bekas isteri memerlukan belaian seorang lelaki sebab itulah dia jadi macam itu.

Saya mengucap panjang dengan sikap keluarga yang seperti tiada pegangan agama sehinggakan mereka boleh terima bekas isteri saya itu dan menyalahkan saya pula sebagai punca dia berzina dengan lelaki lain.

Saya amat tertekan dengan sikap keluarga ini dan saya rasa tiada apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mempertahankan diri saya, apa yang mampu saya lakukan sekarang hanya berdoa semoga suatu hari nanti pintu kebenaran akan terbuka juga .

Maaflah jika semua menganggap masalah saya ini hanya remeh-temeh sahaja tetapi bagi saya ianya umpama api dalam serkam kerana saya di buang keluarga sendiri hanya kerana perempuan yang saya sudah anggap tidak bermaruah walaupun dia pernah menjadi isteri saya.-Kisah Rumah Tangga