Facebook Johor Southern Tiger Bidas Media Tempatan.

 Facebook rasmi kelab bola sepak JDT telah tampil mengeluarkan kenyataan yang membidas kembali media-media tempatan
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Belum sampai lagi sebulan jurulatih baru megambil alih membimbing skuad Harimau Malaya, mereka terpaksa berdepan dengan Lubnan pada 13 Jun lalu namun telah menemui kekalahan.

Akibat daripada kekalahan tersebut, media-media tempatan telah melemparkan pelbagai kritikan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Namun begitu, hari ini Facebook rasmi kelab bola sepak JDT telah tampil mengeluarkan kenyataan yang membidas kembali media-media tempatan yang mengkritik Tunku Mahkota Johor.

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh JOHOR Southern Tigers

Tahniah kepada media Malaysia dan individu-individu yang melindungi mereka yang menghabiskan duit rakyat.

Segala kebaikan dan perkara positif yang telah dilakukan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selama ini telah dilupakan dan tidak dihargai.

Kredibiliti baginda dinilaikan dan dipertikaikan hanya dari satu perlawanan sahaja.

Ketika sejarah kegelapan bola sepak negara dimana lebih 100 pemain didapati terlibat dalam gejala rasuah, tiada pun media menyebut nama Presiden.

Pada 2-3 tahun yang lepas ketika pasukan Malaysia kalah besar 10-0, 6-0 tiada sesiapa pun yang menulis mengenai Presiden ketika itu atau Dollah Salleh.

Tetapi hari ini, selepas pasukan Malaysia tewas satu perlawanan dengan pasukan yang kuat, media telah menulis DYAM Tunku Mahkota Johor telah gagal.

Ini kerana baginda tidak memberi suapan kepada media dan menjaga ahli-ahli politik. Tahniah kepada media-media Malaysia.