Empat Produk Dari Korea Disahkan Mengandungi Babi.

empat produk mee segera yang di import dari Korea merupakan positif mengandungi babi.
Produk mee segera yang mengandungi babi
Bagi penggemar makanan mee segera yang berasal dari Korea, anda di nasihatkan supaya membaca label kandungannya terlebih dahulu kerana terdapat produk dari sana yang di sahkan tidak halal.

Pihak pegawai kesihatan makanan dan ubat Dki Jakarta iaitu Dewi Prawitasari telah mengesahkan sendiri bahawa mereka telah mengesan sekurang-kurangnya empat produk mee segera yang di import dari Korea merupakan positif mengandungi babi.

Makanan tersebut bukan sahaja di import ke Indonesia malah banyak negara yang didapati menjual produk tersebut di pasaran termasuklah Malaysia.

Empat produk tersebut adalah U-Dong, Nongshim atau nama lainnya Shin Ramyun Black, Semyang dengan nama Produk Mee Instan perasa Kimchi dan Ottogi dengan nama produk Yeul Remen.

Apa yang membimbangkan adalah produk-produk terbabit didapati tidak meletakkan sebarang tanda peringatan pada label makanan berkenaan yang memberitahu bahawa makanan tersebut mengandungi babi.

Ini menyebabkan pengguna yang beragama Islam turut membeli makanan tersebut yang di pasarkan di beberapa pasaraya serta kedai runcit.

Ketika sidang media yang berlangsung semalam, pihak berkuasa telah memaklumkan penarikan semula empat produk berkenaan dari pasaran yang bermula semalam dan mereka juga akan turut memantau kedai-kedai serta pasaraya yang masih menjual produk tersebut.

Mereka turut mengatakan bahawa pihak mereka akan memastikan bahawa produk tersebut tidak akan berada di pasaran untuk di jual kepada pengguna.