Dua Pelajar Sekolah Bertumbuk Gara-gara Facebook Live.

 Dua orang pelajar didapati telah bergaduh sesama mereka dalam satu video pergaduhan y
Dua pelajar yang video mereka tular sedang bergaduh
NILAI – Dua orang pelajar didapati telah bergaduh sesama mereka dalam satu video pergaduhan yang telah menjadi tular di media sosial sejak semalam lagi.

Pihak polis telah pun berjaya mengenal pasti video pergaduhan tersebut dan mengesahkan bahawa video terbabit melibat dua pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Mantin.
Menurut Ketua Plis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, punca pergaduhan terbabit adalah kerana ketidak puasan hati kedua-dua remaja terbabit yang di katakan saling mmeperli serta mengutuk antara satu sama lain di laman media sosial Facebook Live.

Menurut laporan yang di petik dari Kosmo, punca perbalahan tersebut adalah dikatakan kerana pelajar tingkatan empat itu yang memulakan dulu mengutuk pelajar tingkatan lima terbabit sehinggalah pelajar tingkatan empat terbabit mengajaknya untuk bertumbuk.

Oleh kerana terasa tercabar dengannya menyebabkan pelajar tingkatan lima terbabit bersetuju untuk lawan bertumbuk di luar kawasan sekolah.

Rakaman video yang berdurasi satu minit 26 terbabit telah menunjukkan ketika kejadian sepanjang pergaduhan dua remaja lelaki tersebut.

Video terbabit telah menjadi tular di media setelah di muat naik di media sosial, turut kelihatan di dalam video terbabit kira-kira 10 orang pelajar yang lengkap berpakaian seragam sekolah bersorak ketika menyaksikan pergaduhan terbabit.

Dalam kenyataan Zaldino mengatakan bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku sektar pukul 1 tengah hari selepas waktu persekolahan sesi pagi bertempat di sebuah taman permainan yang terletak hanya 100 meter dari sekolah terbabit.

Menurutnya lagi, ibu bapa pelajar terbabit yang terlibat dalam pergaduhan itu telah mengetahui mengenai pergaduhan anak mereka namun mengatakan bahawa mereka tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana dikhuatiri mengganggu pembelajaran mereka.

"Sehingga ke hari ini masih tiada sebarang laporan rasmi telah di buat oleh mana-mana pihak berhubung kes terbabit namun pihak polis tetap akan menjalankan siasatan berhubung kes terbabit supaya tiada perkara yang tidak di ingini berlaku,"katanya lagi.-Suara.TV