Che Ta Tampil Perjelas Isu Pengkid Ganggu Rumah Tangga.

 Pelakon terkenal tanah air, Rozita Che Wan telah tampil menjelaskan isu sebenar
Che Ta tampil perjelas isu marah
Kuala Lumpur - Pelakon terkenal tanah air, Rozita Che Wan telah tampil menjelaskan isu sebenar tentang status amarahnya terhadap seseorang individu di Instagram miliknya pada Ahad lalu adalah kerana bagi tujuan membantu saudaranya dan kejadian tersebut bukanlah berlaku kepadanya.

Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta memberitahu bahawa dia ada menegur individu berkenaan dengan cara baik sebelum ini namun tidak di hiraukan olehnya sehinggakan saya terpaksa meluahkannya menerusi akaun peribadi milik saya sebagai salah satu jalan terakhir menyedarkannya.

"Saya amat sakit hati apabila mendengar keluhan saudara saya yang memberitahu bahawa isterinya itu berubah sikap menjadi individu lain hanya selepas mengenali 'pengkid' terbabit sehinggakan tanggungjawab terhadap keluarga pun diabaikan,"kata Che Ta.

"Dan apa yang lebih menyedihkan saya apabila anaknya yang baru berusia sembilan bulan turut diabaikan oleh kerana sedang mabuk bercinta dengan pengkid tersebut", siapa yang tak sakit hati kalau dah jadi macam itu.

Anak dia belum faham apa-apa pun dia dah abaikan, jadi saya rasa dengan cara meluahkannya secara terbuka merupakan jalan terakhir saya untuk menyedarkan kesalahannya itu.

Bukannya saudara saya itu tidak bertemu dengan pengkid terbabit, dia telah cuba berbincang secara baik namun keadaan semakin bertambah teruk adalah.

Saya cuma nak dia sedar tidak baik memporak-perandakan rumah tangga orang hanya untuk kepentingan diri dia sendiri.

Che Ta yang memuat naik kenyataan tersebut dengan disertakan gambar penyanyi tersebut telah menimbulkan banyak tanda tanya kepada peminatnya.

Che Ta ternyata amat kesal dengan sikap penyanyi tersebut kerana sanggup menjadi orang ketiga dalam rumah tangga saudaranya itu sedangkan banyak lagi orang dekat luar itu tetapi kenapa isteri orang juga yang dia nak kacau.

Che Ta turut mengatakan ini bukanlah fitnah kerana dia mempunyai segala bukti serta perbualan antara penyanyi terbabit dengan isteri kepada saudaranya itu

Walaubagaimanapun penyanyi tersebut turut menafikan kenyataan yang di keluarkan oleh Che Ta serta menganggap dirinya tidak bersalah.

Namun rata-rata nitezen mengumpamakan kejadian ini seperti pokok, pokok kalau tak ada angin tak akan goyang dan menyuruhnya bertaubat sebab dah sah-sah hubungan sejenis itu dilarang oleh agama.-Berita Harian