Budak 8 Tahun Maut Selepas Dilanggar Oleh Rakan Sekolah.

budak berusia 13 tahun terlanggarnya ketika dia sedang berlari di dalam bangunan sekolah.
Alliyah Marie Serdna yang maut dipercayai dilanggar oleh rakan sekolah.
Walaupun sedih dengan pemergian anak mereka, namun sepasang suami isteri percaya bahawa anak perempuan mereka yang telah meninggal dunia menjadi malaikat yang melihat mereka dari atas.

Guru-guru di semua sekolah sering mengatakan perkara yang sama bahawa di larang sama sekali untuk berlari-lari di dalam kawasan sekolah kerana bimbang perkara yang tidak di ingini akan berlaku.

Untuk menjamin keselamatan anak-anak di sekolah guru-guru sering menasihatkan mereka berhubung perkara terbabit dan sentiasa mengawasi pelajar-pelajar supaya tidak berlari-lari di lorong-lorong bangunan sekolah mahupun di koridor-koridor kerana ianya bakal mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini kadang kalanya sukar untuk diduga kerana mereka masih lagi belum matang untuk memikirkan semua kemungkinan yang akan berlaku dan hanya memikirkan keseronokkan bermain tanpa memikirkan bahaya yang ada.

Ini menyebabkan berlaku banyak kejadian yang bukan disengajakan oleh mereka, seperti kejadian yang baru berlaku di sebuah sekolah swasta di M'lang, Cotabato.

Menurut laporan yang dipetik dari Tribunnews, seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Alliyah Marie Serdna berusia 8 tahun maut selepas seorang budak berusia 13 tahun terlanggarnya ketika dia sedang berlari di dalam bangunan sekolah.

Budak terbabit yang melanggar mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan parah namun berbeza dengan Alliyah yang dilanggarnya kerana kepala mangsa dikatakan telah terhantuk di lantai simen ketika mangsa jatuh.

Kejadian tersebut menyebabkan petugas di sekolah terbabit membawanya ke ruangan bilik perubatan sekolah dan dibenarkan berehat di sana, namun ketika berada di situ mangsa telah mengalami muntah yang teruk sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Dia kemudiannya telah di bawa ke Davao City dan doktor telah menyarankan kepada ibu bapanya untuk melakukan pembedahan terhadap anaknya itu dengan sesegera yang mungkin untuk mengelakkan nyawa anaknya berada dalam keadaan bahaya.

Namun begitu takdir telah menentukan mangsa telah disahkan meninggal dunia sebelum melakukan pembedahan.

Menurut ibu bapa mangsa, sebelum meninggal anaknya itu selalu bermimpi bahawa dia menjadi malaikat menyebabkan ibu bapa mangsa percaya bahawa akhirnya mimpi anaknya itu menjadi kenyataan serta mereka juga percaya bahawa anaknya itu sedang memerhati mereka dari atas.-Tribunnews