Bas Transit Elevated (TEB) Siap Untuk Di Uji Pandu.

Akhirnya selepas beberapa tahun menunggu apa yang menjadi impian telah pun menjadi realiti apabila 'bas masa depan' China telah mendapat perhatian
Bas masa depan pertama yang dilancarkan oleh negara China
China - Akhirnya selepas beberapa tahun menunggu apa yang menjadi impian telah pun menjadi realiti apabila 'bas masa depan' China telah mendapat perhatian ketika sesi percubaan pertama yang dilancarkan di Qinhuangdao, wilayah Hebei awal hari ini.

Pada awalnya China telah mengeluarkan idea ini untuk seketika, akan tetapi projek terbabit telah menarik minat serta diperbaharui pada bulan Mei lepas apabila model mini tersebut dihasilkan dan di umumkan kepada Ekspo Tekan Antarabangsa Beijing ke-19 China.

Selepas sebulan pelancaran idea terbabit, para pemaju telah mengejutkan dunia dengan mengumumkan bahawa Bas Transit Elevated (TEB) tersebut akan siap untuk ujian yang akan dijalankan pada bulan Ogos.

China merupakan negara pertama yang mencipta pengangkutan tersebut, pada bulan lepas ianya hanya di umumkan sebagai pengangkutan pada masa depan namun siapa pernah terfikir bahawa ianya benar-benar akan berlaku.

Ketika ujian tersebut dilakukan ianya tidak betul-betul mensimulasikan keadaan lalu lintas dunia sebenar dengan hanya satu sahaja pengangkutan bas di trek terkawal yang panjangnya hanya 300 meter.

Ketika wartawan mempersoalkan apa yang betul-betul pemaju dapat belajar daripada percubaan yang seringkas itu, dengan bersahaja pemaju mengatakan bahawa sekurang-kurangnya kita tahu walaupun dengan perjalanan yang pendek kita semua dapat mengetahui betapa hebatnya pengangkutan tersebut.

Jika dalam bentuk yang sepenuhnya siap, TEB sepatutnya melebar di atas jalan raya sementara lalu lintas bagi kenderaan lain berjalan dengan lancar di bawah TEB berkenaan.

TEB terbabit dikatakan mampu membawa penumpang sehingga 1200 orang dalam kelajuan 60 kilometer sejam dan ianya sama seperti kerta api bawah tanah dan hanya mengambil masa satu tahun untuk di siapkan.

Pada mulanya model serta video-video mengenai ' bas yang berlebihan' telah menimbulkan spekulasi di seluruh dunia mengenai TEB sama ada akan membawa keajaiban transit awam yang ditunggu-tunggu oleh dunia ataupun ianya hanya sekadar idea terburuk yang pernah ada.

Kami yakin bahawa gambar-gambar yang dirakamkan ini hanya akan menimbulkan perdebatan antara mereka mengenai keberkesanannya.

Pada awal musim panas ini, model dan video-video berikutnya mengenai "bas yang berlebihan" menimbulkan spekulasi di seluruh dunia tentang sama ada TEB adalah keajaiban transit awam yang ditunggu-tunggu oleh dunia atau idea terburuk yang pernah ada. Kami pasti gambar-gambar ini hanya akan menambah bahan api kepada perdebatan itu. - Shanghaiist