Bahaya Dan Tindakan Gila, Remaja Cipta Permainan Menjahit Kulit Anggota Badan.

Golongan remaja di sana telah melakukan perkara yang paling pelik serta gila
Remaja jahit kulit sendiri
China - Golongan remaja di sana telah melakukan perkara yang paling pelik serta gila apabila bertindak menjahit kulit mereka sendiri tanpa menghiraukan kesan ke atas mereka.

Kegilaan menjahit kulit sendiri telah tersebar luas di media sosial dengan cara jahitan corak mereka sendiri di bahagian tangan, kaki dan mulut.

Kegilaan tersebut dikatakan adalah kerana terpengaruh dengan Kartun Jepun yang telah di haramkan di negara tersebut namun gaya kartun tersebut telah di tiru oleh golongan remaja di sana.

Difahamkan ketika satu ketika dulu, menjahit mulut adalah merupakan satu bentuk yang di gunakan oleh aktivis untuk melakukan bantahan di negara ini, namun dalam situasi ini ia merupakan sesuatu yang berbeza.

Menurut laporan yang di petik dari laman Sina Weibo, setakat ini hanya seorang remaja sahaja yang berjaya di berkas kerana memberikan galakkan kepada individu lain untuk meniru aksi yang di anggap bahaya dan gila itu.

Remaja terbabit mengatakan bahawa perbuatan tersebut hanyalah untuk suka-suka sahaja serta merupakan satu cabaran untuk mengukur keberanian seseorang untuk mencederakan diri sendiri.