Anggota Tentera TUDM Didakwa Telah Merogol Gadis Bawah Umur

Seorang lelaki berusia 24 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi dakwaan kes rogol gadis di bawah umur.
Anggota TUDM didakwa rogol gadis bawah umur
Kuching - Seorang lelaki berusia 24 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi dakwaan kes rogol gadis di bawah umur.

lelaki terbabit di tahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang di buat oleh ibu mangsa yang mendakwa anak gadisnya yang masih di bawah umur telah di rogol oleh suspek.

Berhubung kenyataan yang dipetik dari Suara.TV, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata penahanan tersebut dilakukan berikutan kami telah menerima satu laporan yang di buat oleh ibu mangsa sendiri pada Sabtu lepas.

Menurut ibu mangsa, dia telah menerima satu mesej yang memaparkan gambar bogel mangsa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum bertindak melaporkan perkara tersebut.

"Mangsa telah mengaku kepada ibunya ketika ditanya mengenai gambar tersebut bahawa dia telah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya itu di sebuah bilik hotel di Jalan Abell pada 1 September tahun lalu sekitar jam 3 pagi," katanya.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa dan suspek baru pulang dari pusat hiburan serta berada di bawah pengaruh alkohol.

Hsil siasatan pihak polis mengesahkan bahawa mangsa telah mengaku sendiri bahawa dia telah dirogol oleh suspek yang merupakan seorang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching, Sarawak.

Mangsa yang merupakan kacukan Melayu-Pakistan telah di bawa ke hospital bagi menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan yang dia benar-benar di rogol.

"Hasil pemeriksaan yang di jalankan oleh doktor pakar sakit puan di Hospital Umum Sarawk (HUS) telah mendapati terdapat kesan koyakkan lama di bahagian kemaluan mangsa dan ini menguatkan lagi bukti mangsa telah dirogol."

"Sepasukan anggota polis dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching telah dikerahkan untuk mengambil tindakan susulan selepas laporan diterima dan suspek telah berjaya ditahankira-kira pada pukul 2 petang semalam,"katanya.

Menurut Abang Ahmad, suspek yang juga berasal dari Sabah telah di siasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol terhadap gadis bawah umur.

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments