Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Sabtu, 10 Jun 2017

17 Hari Bergelar Isteri Seperti Dalam Mimpi Ngeri Yang Tiada Penamat.

titik hitam dalam hidup saya bermula pada malam perkahwinan kami
Gambar hiasan
Sering kali kita mendengar berlakunya keganasan rumah tangga, namun kebanyakkan wanita yang mengalami kejadian seumpama itu tidak berani untuk membuat laporan polis atau mengadukan perihal suami mereka itu oleh kerana ketakutan ataupun mereka telah di ugut dengan pelbagai ancaman.

Ibu bapa amat menyanyangi anak mereka dan selalu menasihati anak-anak supaya tidak salah pilih teman hidup kerana mereka sememangnya tidak mahu kejadian buruk menimpa anak mereka.

Sebelum berkahwin lagi ibu bapa akan menyuruh kita menyelidiki teman kita terlebih dahulu sebelum mewujudkan perhubungan yang baru.

Namun siapa yang tahu akan nasib kita di masa hadapan, saya terpanggil untuk mengongsikan kisah seorang wanita yang menceritakan kisah hidupnya yang malang di pages Kisah Rumah Tangga.

Ikutilah kisah wanita ini sebagai pengajaran buat kita semua.

Saya telah menjalinkan hubungan cinta selama 3 tahun dengan bakal suami saya ini, sepanjang percintaan sememangnya indah, dan pada pertengahan bulan lepas kami telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan kami dengan perkahwinan.

Pada 13 haribulan yang lepas kami telah selamat di ijab kabulkan sebagai suami isteri, sepanjang majlis memang langsung tiada apa-apa masalah, titik hitam dalam hidup saya bermula pada malam perkahwinan kami selepas majlis tamat.

Saya sangkakan bahagia menanti perjalanan hidup kami kerana kami berkahwin adalah atas dasar suka sama suka, akan tetapi rupanya perkenalan kami selama lebih 3 tahun tersebut belum cukup untuk saya tafsirkan perangai sebenarnya.

Selepas habis sahaja majlis resepsi kami, saya terus masuk ke bilik mandi dan solat Isyak serta cadangnya mahu merehatkan diri selepas seharian penat dengan acara majlis kami, tetapi tiba-tiba suami masuk ke dalam bilik dan mengajak saya pulang terus ke rumah sewanya kerana ibu dan ayahnya ada di sana.

Saya tidak bersetuju kerana saya merupakan anak sulung dalam keluarga dan saya fikir tidak seharusnya saya membiarkan ibu serta adik saya sahaja mengemaskan semua barang selepas habis majlis, menjadi tanggung jawab saya membantu ibu.

Suami yang tidak berpuas hati tetap memaksa saya ulang ke rumahnya sehinggalah terjadinya pertengkaran antara kami, suami sanggup bertindak kasar terhadap saya dengan menolak saya jatuh sehingga terkena bucu almari dan dahi saya bengkak akibat daripada perbuatannya.

Suami bukan mahu meminta maaf malah terus memaku saya serta hanya memberikan saya peluang bersama keluarga malam ini sahaja dan esok kami akan bertolak ke rumah sewa suami.

Keesokkan hari saya terpaksa berbohong kepada kedua orang tua mengatakan suami mempunyai urusan penting dan saya serta suami terpaksa balik ke rumah sewanya, ibu bapa saya langsung tidak berkata apa malah mereka mengatakan bahawa saya bukan tanggung jawab mereka lagi dan tempat saya adalah bersama suami.

16 haribulan bermulalah kisah hidup saya di rumah mertua, kerana suami tidak membawa saya balik ke rumahnya tetapi terus membawa saya tinggal di rumah emaknya untuk beberapa hari.

Alhamdullillah penerimaan mertua amat baik pada mulanya dan sakit di dahi saya pun terasa hilang apabila terasa di layan baik oleh mertua, malam itu di rumah mertua saya teringat akan kad pengenalan saya yang tertinggal di rumah mak dan meminta suami membawa saya ke rumah mak esok petang untuk mengambilnya semula dan suami hanya menjawab ya.

Keesokkan hari apabila suami pulang dari kerja petang itu saya mengajaknya mengambil kad pengenalan saya yang tertinggal di rumah mak, akan tetapi tiba-tiba suami berubah sikap terus memaki hamun saya di depan mak dia dan mengatakan saya sengaja mahu pergi ke rumah ibu saya.

Saya merasa malu di marahi di depan maknya namun saya sangka makian sahaja yang keluar daripada mulut suami tetapi tiba-tiba suami menumbuk kedua-dua mata saya serta turut menumbuk perut dan menerajang saya di hadapan maknya.

Mak mertua saya langsung tidak berkata apa atau cuba menahan anaknya daripada terus memukul saya, malah dia hanya melihat sahaja saya diperlakukan begitu, ketika itu saya amat kecewa dengan mak mertua yang langsung tidak membela saya.

Malam itu memang saya tidur dengan menanggung kesakitan yang amat sangat terutama di perut saya akibat daripada di belasah semalam, keesokkan saya bangun dari tidur mata saya rasa amat sakit dan saya ingatkan sebab saya terlampau banyak menangis semalam.

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat cermin, mata kanan saya bengkak manakala mata kiri terdapat darah beku dalam mata, secara tiba-tiba saya di sapa oleh mak mertua dan dia hanya menghulurkan ubat sapu serta menyuruh sapa sapukan ubat sahaja sambil berkata "ala sikit saja itu sapu ubat nanti ok lah itu," tanpa perasaan dia berkata begitu kepada saya.

Saya hidup sebagai isteri dia selama dua hari tanpa disakiti tetapi pada tarikh 19 haribulan adalah satu tarikh yang saya tidak mungkin akan lupakan seumur hidup saya, kebetulan pada malam itu kedua mertua saya tiada di rumah sebab mereka dah balik ke kampung halaman.

Sepanjang hari itu memang suami langsung tidak menunjukkan sebarang perangai yang mencurigakan, dia sempat menonton televisyen sambil bergurau senda dengan saya tetapi segalanya berubah ketika kami masuk bilik tidur dan waktu dia kira-kira pukul 1-2 pagi.

Ketika mahu tidur tak tahu hantu mana yang dah naik dekat dia dengan tiba-tiba dia berkata bahawa dia amat menyesal dengan perkahwinan kami serta tidak dapat menerima perkahwinan kami serta mengungkit segala silap saya kepadanya.

Saya amat terkejut dengan kata-kata dia dan ingatkan dia sekadar bergurau serta menyuruh dia tidur sahaja sebab esok nak kerja, tiba-tiba dia mengamuk kaki tangan dia naik ke tubuh badan saya tanpa belas kasihan.

Saya disepak terajang, kepala ditumbuk, rambut saya ditarik serta dihantukkan ke dinding, hanya Allah saja tahu bagaimana sakitnya saya ketika itu diperlakukan sedemikian rupa oleh suami sendiri yang sepatutnya melindungi saya.

Apa yang lebih menakutkan saya adalah apabila dia mengambil pisau di dapur dan mengacukan pisau tersebut ke leher saya serta mengusap pisau tersebut di muka serta lengan saya sambil berkata kalau aku toreh atau bunuh kau sekarang pun tak ada siapa yang tahu.

Ketika itu aku hanya mampu berdoa di dalam hati kalau Allah nak cabut nyawa aku sekarang aku memohon segala dosa aku di ampunkan. Suami sempat mengugut saya supaya tidak menceritakan perkara ini kepada ahli keluarga saya atau sesiapa pun kalau tidak mahu keluarga saya diapa-apakan.

Jika suami saya pergi kerja dia akan menguncikan semua pintu serta merantai pagar supaya saya tidak dapat keluar kemana-mana dan saya juga tidak dibenarkan berborak dengan sesiapa pun walaupun jiran-jiran saya.

Pada 22 haribulan saya merayu sangat-sangat dengan suami untuk bekerja di kedai milik keluarga saya, namun suami langsung tidak berkata apa-apa dan hanya mendiamkan diri.

Keesokkan hari secara tiba-tiba suami menyuruh saya bersiap dan dia akan menghantar saya bekerja di kedai keluarga saya dengan sepantasnya saya bersiap kerana takut suami akan berubah fikiran secara tiba-tiba.

Saya pergi kerja dengan keadaan mata yang bengkak serta perut yang sakit teramat sangat, ibu terus bertanyakan keadaan saya apabila melihat keadaan saya seperti itu dan membawa saya ke klinik bagi membuat pemeriksaan kerana saya mengadu kepada ibu yang perut saya amat sakit.

Ketika di klinik doktor meminta saya membuat pemeriksaan dalaman kerana saya baru sahaja berkahwin, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat banyak kesan lebam di seluruh tubuh serta terdapat bengkak di pangkal kiri dan kanan rahim saya.

Doktor yang merasa pelik kenapa keadaan boleh jadi macam itu terus bertanyakan kepada saya, ketika itu saya hanya menjawab tak tahu dan menipu doktor dengan mengatakan lebam di tubuh saya semuanya kerana terjatuh.

Doktor turut menasihati saya agar tidak bersama dengan suami selama seminggu bagi mengelakkan keadaan pangkal rahim saya lebih teruk, tepat pukul 6 suami datang menjemput saya balik dari kerja dan pada malam itu suami mengajak saya untuk bersama.

Saya menolaknya dengan baik dan mengatakan yang saya sakit, namun begitu suami saya terus memaki hamun serta menyepak terajang sambil mengetuk-ngetuk tanpa saya dapat berbuat apa-apa.

Pada 25 haribulan suami jemput saya balik kerja dan terus bawa saya balik kampung nak jenguk mak ayah dia dekat kampung, saya ikut saja tanpa bantah apa pun.

Ketika sampai rumah mertua, ayah mertua tanya saya kenapa senyap saja tak sihat ke, saya balas penat dan tak sihat sikit saja lepas itu ayah mertua terus keluar.

Saya masuk kedalam rumah dan saya lihat suami tengan bergurau senda serta bergelak ketawa dengan mak mertua, melihat saja saya mak mertua tanya saya dah makan ke dan saya menjawab dengan jujur yang saya dah pun makan.

Secara tiba-tiba suami bersuara dengan berkata kepada emaknya yang saya ini orang luar dan tak payah nak ambil berat sangat dengan saya, saya terus terdiam dan hanya tertunduk mendengar suami saya berkata begitu.

Sebelum balik saya salam mak mertua dan saya bisikkan kepada mak mertua, mak tinggallah bersama saya sebab saya dah tak tahan lagi hari-hari saya di pukul dan saya mengadu dengan mak mertua cakap badan saya sakit sangat diperlakukan macam itu serta saya tak tahan lagi nak hidup macam ini.

Dengan selamba mak mertua cakap, tak apalah tahan saja sikit, esok lusa ok lah itu, mak mertua seperti tidak berperasaan dan saya melangkah dengan berat hati mengikuti suami pulang.

Sampai sahaja di rumah suami terus saja terkam saya dan bertanyakan apa yang saya mengadukan kepada mak dia, saya hanya menidakkan tuduhan suami tetapi suami terus bertindak memukul saya seperti biasa dan dia turut berkata kepada saya yang dia tidak membenarkan saya pergi bekerja lagi.

Pada pagi 29 haribulan secara tiba-tiba dia menyuruh saya untuk bersiap dan menghantar saya bekerja tanpa berkata apa-apa serta mengambil saya balik kerja seperti biasa, suami langsung tidak menunjukkan sebarang tanda dia sedang marah.

Malam itu dia menonton televisyen sambil tergelak-gelak bersama-sama dengan saya, tetapi dengan tiba-tiba dia naik marah dan mengungkit kisah silam zaman percintaan kami sambil cuba menyepak kepala saya tetapi saya elak dan hanya terkena telinga kanan saya.

Berderau darah saya serta telinga saya berdengu tidak berapa dengar apa yang dia cakap kepada saya, saya merayu supaya tidak di pukul tetapi suami tetap menyepak saya namun saya mengelak sehingga terkena telinga sebelah kiri pula dan kali ini telinga kiri pula berdengu.

Suami tetap menyepak kiri dan kanan telinga saya sehingga pendengaran saya sudah kurang kedengaran. Menangis-nangis saya merayu suami berhenti memukul tetapi suami hanya berhenti memukul selepas setengah jam lepas itu dan meminta maaf kerana memukul saya dan terus masuk bilik tidur.

Esoknya pada 30 haribulan suami menghantar saya pergi ke rumah ibu saya, masa itu memang saya tidak fikir apa sebab menahan kesakitan di telinga sehinggakan telinga saya terasa seperti berair dan tanpa berlenggah saya mengambil pengorek telinga dan cuba mengorek telinga dan alangkah terkejutnya saya, telinga saya terdapat air bercampur darah.

Saya pun buat keputusan mengajak ibu saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan, doktor yang memeriksa serta dua lagi doktor telah mengesahkan terdapat pendarahan terhadap gegendang telinga saya.

Apabila doktor melihat laporan saya dia meminta saya bersikap jujur kerana seminggu sebelum itu saya ada melakukan pemeriksaan dan mengikut laporan terdapat banyak kecederaan terhadap saya serta doktor tersebut membuat andaian bahawa saya telah didera oleh suami.

Selepas doktor tersebut berkata begitu secara tiba-tiba air mata saya seperti tidak dapat di bendung lagi manakala doktor tersebut bertindak memanggil ibu saya masuk dan menceritakan keadaan saya serta menasihatkan ibu saya membuat laporan polis.

Ibu saya yang mengetahui saya diperlakukan sebegitu teruk telah mengalirkan air mata kerana tidak menyangka anaknya mengalami nasib yang seburuk ini.

Ibu tidak membenarkan saya pulang ke rumah suami dan pada 6 haribulan ini saya dipanggil ke pejabat agama dan di sana saya telah menceritakan semua kejadian yang menimpa saya daripada A hingga ke Z.

Alhamdullillah atas kebenaran pejabat agama saya dibenarkan tinggal di rumah ibu saya manakala suami tidak di benarkan memdekati saya ataupun keluar berdua-duaan dengannya serta mereka meminta agar saya membuat satu lagi laporan polis bagi melindungi keselamatan saya dan keluarga.

Pihak pejabat agama meminta saya memikirkan sama ada saya mahu meneruskan hidup bersama suami atau berpisah terus memandangkan apa yang saya lalui sepanjang 17 hari bergelar isteri kepadanya.

Saya bukan sahaja didera dari segi fizikal malah mental saya turut didera dengan kelakuannya yang seperti binatang memperlakukan saya begitu dalam masa singkat sahaja dan apa yang akan berlaku dalam masa yang panjang.

17 hari bergelar isteri kepadanya adalah seperti mimpi ngeri dalam hidup saya, hanya Allah saja yang mampu membalas segala perbuatannya terhadap saya dan saya berharap semua akan mendoakan saya selamat.

Akhir kata dari saya bukan semua percintaan yang indah itu akan sentiasa indah kerana kita tidak tahu bagaimana sikapnya yang sebenar sewaktu bercinta, berhati-hatilah kaum wanita dalam membuat pilihan agar apa yang menimpa saya tidak akan menimpa kalian.-Wartawan Jalanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan