Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Khamis, 25 Mei 2017

Aku Dicerai Dengan Talak Tiga , Suami Angau Dengan Isteri Orang Lain.

Tidakkah dia memahami hati seorang wanita seperti dia
Aku Dicerai Dengan Talak Tiga  

Seorang wanita akan lebih memahami hati wanita yang lain kerana dia juga bergelar wanita, tapi saya langsung tidak menyangka bahawa seorang hamba ini sanggup menganiayai kaum sejenisnya sendiri.

Saya amat memerlukan sokongan moral dari orang di sekeliling saya kerana saya tidak menyangka langsung seorang wanita yang sedang hamil tergamak berlaku curang dengan suaminya sendiri dan sanggup memusnahkan kebahagiaan rumah tangga saya.

Dulu saya ingatkan hanya lelaki sahaja yang akan berlaku curang, namun bila perkara ini terjadi kepada saya baru saya tahu tidak kira lelaki mahupun perempuan kalau iman tidak kuat pasti akan berlaku curang juga walaupun dia sudah bergelar suami atau isteri.

Saya tidak menyangka bahawa perempuan tersebut yang sedang hamil tergamak berlaku curang bersama suami saya, perbuatannya itu amat melukakan hati saya.

Tidakkah dia memahami hati seorang wanita seperti dia, malah dia menyuruh suami saya menceraikan saya jika mahu terus menjalinkan hubungan.

Suami yang tengah angau bercinta dengannya sanggup menceraikan saya dengan talak 3, luluh hati saya dan hancur seperti kaca yang jatuh terhempas pecah ke tanah kerana suami lebih memilih dia daripada saya yang telah lama hidup bersusah payah bersama dia sehinggalah dia berjaya ke hari ini.

Ketika didepan suami memang perempuan itu berpura-pura melayan anak perempuan saya dengan baik sekali tetapi bila kami berdua-duaan, segala caci-maki dan kata hinaan dia lemparkan ke atas saya.

Saya pun binggung dengan sikap wanita itu kerana sepatutnya saya yang lebih marahkan dia kerana dialah yang merosakkan kebahagiaan rumah tangga saya dan kerana dia juga suami terus ceraikan saya dengan talak 3.

Selepas saya bercerai dengan suami, wanita tersebut juga turut meminta cerai daripada suaminya itu dan seminggu selepas iddah bekas suami saya dan perempuan itu pun berkahwin.

Entah apa yang perempuan itu hasut dekat bekas suami saya itu sampaikan bekas suami sanggup membuat report palsu dengan mengatakan bahawa saya akan mencederakan beliau dan keluarga barunya itu jika dia menceraikan saya.

Apa lagilah yang dia tidak berpuas hati dengan saya sedangkan saya dan bekas suami sudah sah bercerai dan dia pun telah berjaya mengambil tahta saya di sisi suami.

Dan kalau saya ada niat nak mencederakan mereka sudah pasti dah lama mereka itu tiada di dunia ini lagi, tetapi saya ini masih waras lagi dan masih boleh berfikir dengan baik lagi.

Sampai ke hari ini saya masih lagi memikirkan apa kesalahan saya dan adakah kerana saya tidak pandai menjaga hati dia sehinggakan saya dibuang begitu sahaja.

Nak kata makan, minum dan pakai semua saya uruskan sendiri dan tidak pernah dia melakukan apa-apa kerja rumah sendiri kerana semuanya telah tersedia untuknya, namun mungkin ada kesilapan saya yang saya tidak sedar kerana tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Akhir kata, semoga kau orang ini berbahagia walaupun kebahagiaan itu dibina atas kesedihan serta kehancuran orang lain. - Wartawan Jalanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan